Wednesday, December 21, 2011

"Saya Akan Kekal Muslim Hingga Akhir Hayat' - Kata Ariff Alfian





Arif Alfian Rosli, bekas pelajar Malaysia jurusan perubatan di Ireland enggan mengulas berita yang dia telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki warga asing.


Arif Alfian yang dihubungi media Ireland, IrishTimes.com, menegaskan bahawa dia masih lagi seorang penganut agama Islam, tidak memeluk mana-mana agama lain dan kekal sebagai seorang muslim sehingga ke akhir hayatnya.


"Saya tidak memeluk agama lain, apa yang dilaporkan sangat bertentangan dengan hakikat sebenar. Saya dilahirkan sebagai Muslim, saya masih seorang Muslim dan akan kekal Muslim sehingga saya meninggal dunia. Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya,” katanya kepada media tersebut hari ini.

Arif Alfian juga menjelaskan bahawa dia sudah beberapa tahun tidak menghubungi ibubapanya di Malaysia ekoran satu perselisihan faham antara mereka, namun mengaku kerap menghubungi adik beradiknya yang lain.

 “Saya ada sedikit salah faham dengan ayah saya pada tahun 2009…sehingga saya dilaporkan hilang, saya masih tidak berhubung dengannya, tapi saya sering berhubung dengan anggota keluarga yang lain,” katanya lagi.

Bapa Arif Alfian, Rosli Harun, 56, baru-baru ini memohon pertolongan dari akhbar Utusan Malaysia untuk mencari anaknya yang dikatakan ‘hilang’ setelah pencariannya menemui jalan buntu.
 

Memburukkan lagi keadaan, anaknya juga dikatakan telah berkahwin dengan seorang lelaki warga asing dan beberapa keping gambar serta video perkahwinan songsang itu turut tersebar di internet, termasuk salah satunya di lama web bigayweddingproject.com.

Majlis perkahwinan sejenis itu dipercayai berlangsung dalam sebuah gereja di luar negara dan Arif Alfian digambarkan memakai baju Melayu berwarna hitam, lengkap bersamping serta tanjak berwarna emas.

Pasangannya yang dianggarkan berusia lewat 30-an pula mengenakan busana sut lengkap warna hitam yang biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan masyarakat Barat.

Arif Alfian ketika dihubungi media Ireland turut menafikan dakwaan dirinya ‘hilang’ dan menegaskan dia kini telah bermigrasi di Ireland secara sah.

“Saya tak hilang. Pihak berkuasa Ireland tahu saya tinggal secara sah di negara ini (Ireland). Kedutaan Malaysia juga tahu dan sedar mengenai saya yang tinggal secara sah di sini,” katanya lagi.

Selain itu, Arif Alfian juga menjelaskan bahawa dia secara tidak sengaja menarik perhatian masyarakat umum dan tidak mahu mencetus kontroversi atau masalah, khususnya terhadap keluarganya di Malaysia.

sumber: mynewshub.com

    

Entri-Entri Berkaitan.....

8 comments:

  1. 'tiada apa yang mampu menggocang keimanan saya'
    ehehehe...

    ReplyDelete
  2. budak nie kira dah sewel dah nie!!! dah sampai tahap nie boleh cakap x mampu ngoncang keimanan kpala otak dia!!! nabi x ngaku umat wei!!! tu la ank sepatutnya antar p blaja kt kaherah ke, irbid ke lagi bagus!!nie g antar ank g ngr org putih, jd cmtu!!! org putih pe lg!! gumbira la anak islam jd cmnie?? propaganda Freemason~~

    ReplyDelete
  3. ada spe2 yg bole terima ayat gay melayu ni x? mne pegi sume mufti2,imam2 n menteri2 melayu??? knp korang sume dok diam psl perkara yg memalukan melayu n melaysia ni?

    ReplyDelete
  4. "lw dh kwen nghn pasangn s'jnis tu ap..d'mna imn...????ckp mmng pndy...uwekkkkkkk

    ReplyDelete
  5. Apakah semua ini mainan untuk merobek-robekkan hati keluarga? Jika tidak, ini hukumnya.Kawin sejenis hukumnya HARAM. Diqiaskan seperti dialami umat nabi Lut. Sementara membenci bapa kandung kita sendiri orang itu boleh dikatakan KAFIR. Reply jika inginkan lanjutan....

    ReplyDelete
  6. kalu muslim skdr atas ic memang la akan kekal sampai mati..
    tapi klu dah amlkn amln songsang yg b'tntgn dgn islam,dh xlayak dgelar muslim sejati..muslim yg benar2 mukmin..
    bertaubatla..pintu taubt sntiasa terbuka bg mrk yg bnr2 ikhls nk b'taubt nasuha..

    ReplyDelete
  7. Abis la kalau org2 indon dapat tahu mesti dia hemtam kaw2 punya!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails