Skip to main content

Rahsia di Sebalik Cara Anda Tidur






Ini adalah sambungan entri sebelum ini : Bagaimana Anda Tidur? . Dan di bawah ini adalah jenis-jenis tidur dan penerangan tentang personaliti seseorang mengikut gaya tidur masing-masing. 


Foetus:
Golongan wanita dikatakan dua kali lebih berkemungkinan untuk tidur dalam posisi ini dan ia telah disenaraikan sebagai posisi yang paling biasa dilakukan. Mereka yang tidur dengan posisi ini dikatakan mempunyai personaliti yang ‘keras’ di luar selain berpewatakan sensitif dan pemalu.


Log:
Tidur mengiring dengan kedua-dua belah tangan ke bawah. Menunjukkan anda seorang yang sosial dan mudah percaya pada orang lain sehingga satu tahap anda mudah diperdaya.


Yearner:
Tidur mengiring dengan kedua-dua belah tangan ke hadapan. Gaya tidur seperti ini dikatakan orangnya berfikiran terbuka namun masih sinis, mencurigakan dan tetap dengan keputusan yang telah dibuat.


Soldier:
Tidur terlentang dengan kedua-dua belah tangan kebawah dan rapat ke badan. Tidak banyak bercakap, pendiam, tidak suka membuat kecoh. Namun posisi tidur seperti ini lebih mudah untuk berdengkur dan mendapat tidur yang kurang nyenyak.


Freefall:
Mereka ini suka berkawan tetapi dalam masa yang sama agak kurang ajar.Selalu membuat keputusan terburu-buru, peramah dan tidak selesa dengan kritikan


Starfish:
Mereka yang tidur gaya macam ini, ramai orang suka berkawan dengan dia sebab golongan ini suka mendengar masalah orang lain dan suka bagi bantuan apabila orang lain memerlukan. Mereka tidak suka menjadi tumpuan.  Orang yang tidur dalam keadaan ini lebih cenderung untuk berdengkur dan mendapat tidur yang kurang berkualiti.



Sebenarnya banyak lagi cara tidur yang lain. Yang disenaraikan di atas adalah cara tidur paling popular (seperti dipetik daripada akhbar the Sun). Berikut adalah beberapa lagi cara tidur yang lain...kenali personaliti anda/atau rakan anda/saudara-mara/atau sesiapa sahaja di sekeliling anda....



Entri semalam


1. Tidur telentang dengan kedua-dua telapak tangan diletakkan di belakang kepala:
 
Kamu adalah individu yang sangat pintar dan sentiasa bersemangat untuk belajar. Kadangkala kamu sering memberikan idea yang bernas dan unik yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh individu lain. Keluarga adalah agenda utama dalam hidup mu dan kamu menjaga keluarga mu sebaik mungkin! Tetapi kamu sukar untuk bercinta mungkin disebabkan diri mu yang agak memilih.


2. Selubung seluruh badan dengan selimut:
 
Kamu sering berpenampilan macho di hadapan orang ramai namun hakikatnya jauh di dalam diri kamu itu, kamu adalah individu yang pemalu dan lemah. Kamu terlalu menyimpan rasa dan sekiranya kamu berhadapan dengan sesuatu masalah, kamu lebih gemar emendamnya dan menghadapinya secara bersendirian tanpa meminta bantuan orang lain. Tidak hairanlah mengapa kamu sering meracau sewaktu dalam tidurmu.


3. Tidur dengan kedua-dua tangan diletakkan di belakang kepada dan kaki bersilang:
 
Sesiapa yang tidur dengan gaya kaki bersilang dianggap terlalu mementingkan perasaannya sendiri dan sukar untuk menerima perubahan dalam diri. Kamu lebih gemar bersendiri walau bagaimanapun sikap toleransi yang yang ada dalam diri kamu memang dipuji.


4. Tidur meringkuk:
 
Kamu berasa keseorangan dan kecewa kerana masa silam sering menghantui diri kamu. Kamu sering teragak-agak dan berbelah bagi untuk memberi cinta kepada pasangan mu. Kamu beranggapan cinta telah lama hilang dalam hidupmu.


5. Tidur mengiring dan meringkuk
 
Pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam adalah antara perkataan yang mampu menjelaskan personaliti mu. Individu yang berada di sekeliling mu harus sentiasa berhati-hati supaya tidak menyakiti diri mu kerana kamu dengan mudah akan meradang terhadap individu berkenaan.


6. Tidur mengiring dengan salah satu kaki dibengkokkan
 
Kamu adalah individu yang cerewet dan selalu mengkritik dan merungut. ‘Si gemuruh’ itu adalah nama kedua untuk diri mu. Selain itu kamu juga mudah bosan dan kadangkala terlebih ghairah untuk sesuatu perkara yang kecil/kurang penting. Hakikatnya, kehidupan bukanlah sesuatu yang sukar sebaliknya kamu harus belajar uuntuk lebih bertenang.

7. Tidur mengiring dengan beralaskan lengan tangan di kepala
 
Berbeza dari individu yang tidur dengan gaya tidur mengiring dan meringkuk tadi. Kamu adalah individu yang berani, bersopan santun, lebih jujur dan penyayang. Walau bagaimanapun, tiada manusia yang sempurna 100% di dunia ini. Justeru, kamu perlu membina keyakinan diri yang lebih utuh di dalam diri dan sentiasa belajar menerima kesilapan dan kekurangan yang ada dalam diri kamu itu. Sekiranya kamu mempraktikkan semua ini, kegembiraan akan menjadi milik mu yang abadi.

8. Tidur meringkuk di satu arah
 
Gaya tidur sebegini melambangkan kamu adalah individu yang yakin pada diri sendiri. Kamu akan mellihat kejayaan dalam setiap perkara yang kamu lakukan. Kamu akan berusaha untuk merealisasikannya sebaik mungkin. Individu yang tidur mengiring pada arah kanannya dengan meletakkan tangan kanannya di kepala, dikatakan memiliki masa depan yang cerah.

9. Tidur telentang dengan tangan dan kaki sedikit mendepa
 
Gaya tidur sebegini memperlihatkan identiti diri mu yang sebenar. Kamu cintakan kebebasan, keselesaan dan kecantikan. Selain itu kamu juga adalah tergolong dalam kategori pemboros namun kamu beruntung kerana pendapatan yang kamu miliki tidak kurang hebatnya. Sikap penyibuk dan gemar bergosip juga ada dalam diri kamu… jadi, siapa pula yang kamu maksudkan dalam cerita rekaan mu baru-baru ini?

10. Tidur meniarap
 
Sekiranya kamu tidur dengan gaya meniarap sepanjang malam, kamu adalah individu yang berfikiran agak sempit. Fikiran kamu terlalu tertumpu dan sering memaksa individu lain untuk memenuhi impian diri kamu sendiri. Kamu juga adalah individu yang lalai dan tidak teratur! Jadi, sudah tiba masanya untuk kamu berubah… apa kata kamu ubah gaya tidur mu itu dulu


Fakta menarik:

kajian yang dijalankan menunjukkan kebanyakan sampel tidur dalam   posisi yang sama sepanjang malam dan hanya 5% daripada mereka yang berubah-ubah posisi tidur mereka. Tambah menarik, hanya 1 daripada 10 orang tidur berselimut dengan membiarkan lengan atau kedua-dua belah kaki terdedah.


sumber: http://banyaktehkereta.blogspot.com/, http://kakibising.com/


Comments

  1. ohhhh.... macam2 maknanyer rupanya yaaa.......
    singgah sini jap...

    ReplyDelete
  2. ader jugak makne disebalik gaya tido ye..ehehe

    ReplyDelete
  3. bagaiman pula dgn yg selalu tdo, mata trbuka seperti sedang melihat sesuatu?? cuba komen skit

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri

 Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua. "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”