Sepasang kasut bermotor yang mampu membawa pemiliknya sejauh tiga hingga lima kilometer akan mula dijual pada Februari ini dan dijangka menjadi produk yang popular.
Perekanya, Peter Treadway mencipta alat itu sejak lima tahun lalu selepas sukar untuk mencari tempat meletak kenderaan.
Sejak itu beliau telah mencipta 30 prototaip kasut beroda tersebut dan beliau akan mula menjualnya melalui laman webnya Februari ini.
Info Ringkas:
- Alat berkuasa bateri yang dijual pada harga AS$647 (RM2,041) itu sebenarnya dicipta untuk dipasang pada kasut dan dikendalikan melalui alat kawalan jauh tanpa wayar.
- Kasut bermotor dikenali sebagai spnKiX itu boleh mencapai kelajuan 16 kilometer sejam dan kelajuannya dikawal melalui alat kawalan jauh.
- Pembelian spnKiX akan turut disertakan dengan roda latihan yang boleh ditanggalkan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya.
- SpnKiX diperbuat daripada nilon yang diperkuatkan dan aluminium, manakala baterinya hanya perlu dicas selama dua hingga tiga jam untuk mencapai tahap isian penuh.
sumber: utusan malaysia
mm..dapat satu pun best jugak ni..ehehe
ReplyDeletebukan sesuai utk yg malas berjln kaki tapi utk org yg jauh berjln. kemudahan ini sesuai utk mrk. :P
ReplyDeletemmg sesuai sngat guna kat shopping complex..xD
ReplyDelete