Skip to main content

Inilah Kucing Terkaya di Dunia





Seekor kucing terbiar yang diselamatkan di sini mewarisi kekayaan berjumlah AS$13 juta (RM49 juta) daripada tuannya, seorang taikun hartanah Itali yang berstatus janda.


Maria Assunta meninggalkan kekayaan tersebut kepada kucing kesayangannya, Tommaso, selepas dia meninggal dua minggu lalu pada usia 94 tahun. Kekayaan tersebut termasuk wang tunai dan harta di Rom, Milan serta tanah di Calabria.

Sejak kesihatannya merosot dua tahun lalu, Assunta yang tidak memiliki anak, mula mencari jalan agar Tommaso dijaga dengan sempurna selepas ketiadaannya.

Awalnya, Assunta mengarahkan peguamnya mengenal pasti pertubuhan kebajikan haiwan untuk mewariskan estet, sekali gus menjaga Tommaso. Setelah gagal menemui pertubuhan yang sesuai, Assunta membuat keputusan meninggalkan semua harta tersebut kepada Tommaso melalui jururawatnya, Stefania, yang merawatnya sehingga dia meninggal dunia.

Seorang peguam Assunta, Anna Orecchioni percaya Stefania adalah individu terbaik untuk menunaikan segala hajat wanita tersebut kerana dia menyayangi haiwan dan menjaga Assunta sehingga ke akhir hayatnya.


"Wanita itu mengalami kesunyian sepanjang hayatnya. Dia menjaga kucing melebihi anak sendiri," kata Stefania.

Peguam Assunta berkata, mereka menerima banyak e-mel daripada individu yang ingin memelihara Tommaso.

Kekayaan Tommaso menjadikan ia berada di tempat ketiga senarai haiwan peliharaan terkaya di belakang anjing Sheperd, Gunther IV, yang memiliki harta berjumlah AS$372 juta (RM1.016 bilion) dan seekor cimpanzi, Kalu yang memiliki kekayaan berjumlah AS$80 juta (RM240 juta).

sumber: utusan malaysia

Comments

  1. sape plak y akan mewarisi harta pas kucing ni meninggal...ehehehe

    ReplyDelete
  2. WoW!!

    http://shazrizalshahmy.blogspot.com/2011/12/perempuan-cantik-sesuai-untuk-watak.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.