Skip to main content

Harvard University Kini Bukan Lagi Universiti Terbaik di Dunia




Universiti-universiti di Amerika Syarikat (AS) dan Britain sekali lagi mendominasi ranking universiti-universiti terbaik di dunia dengan kedudukan pertama menampilkan muka baru yang berjaya menyingkirkan Universiti Havard sebagai universiti terbaik dunia pada tahun ini.

 Universiti Havard kini ditangga kedua

Institut Teknologi California (Caltech) menjadi institusi paling terkemuka dalam senarai yang dikeluarkan oleh Times Higher Education (THE) ini buat pertama kalinya dalam tempoh lapan tahun sebagai universiti terbaik dunia pada tahun ini.

 Institut Teknologi California (Caltech)

Sebanyak 75 universiti AS turut disenarai pada kedudukan 200 institusi pendidikan terbaik di dunia, sekali gus menjadi negara yang mendahului carta itu.

Institusi Britain menduduki tangga kedua selepas 32 universiti negara ini tersenarai pada kedudukan 200 teratas, tetapi cara universiti di negara ini dibiayai menimbulkan kebimbangan berhubung kejayaan berterusan mereka.

Negara Asia turut meningkatkan ranking mereka dengan Universiti Tokyo berada di tangga ke-30 mendahului institusi pendidikan lain dari benua itu.

 Universiti Tokyo

Caltech dinobatkan sebagai universiti terbaik dunia ekoran kejayaan mereka mengekalkan keputusan memberangsangkan dalam semua kategori dan peningkatan dalam pembiayaan penyelidikan. Institut Caltech adalah khusus untuk pengajian sains serta kejuruteraan dan kampus utamanya terletak di utara Los Angeles.

Havard yang berusia 365 tahun dan buat pertama kalinya gagal menduduki kedudukan pertama sejak senarai ini dikeluarkan oleh THE berada di tangga kedua bersama Universiti Stanford California.

Kedudukan universiti utama Britain turut berubah dengan Oxford berjaya menduduki tangga keempat menewaskan Cambridge yang berada pada kedudukan keenam.

Universiti Oxford

Pemilihan ini dibuat berdasarkan 13 kategori termasuk bidang penyelidikan, pengajaran, pemindahan pengetahuan dan aktiviti antarabangsa.

 sumber: utusan malaysia

Comments

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.