Skip to main content

Facebook Islam Dilengkapi Nilai-Nilai Baik Bakal Dilancarkan Pada 2012

 
 
 
 
Sekumpulan ahli perniagaan Islam di Turki, semalam mendedahkan rancangan untuk melancarkan laman web sosial seperti Facebook yang dipenuhi dengan nilai-nilai baik untuk golongan muda Islam.



Naib Presiden kumpulan tersebut, Ahmed Azimov berkata, laman sosial SalamWorld.com, yang akan dilancarkan pada tahun depan, berfungsi untuk menyatukan golongan muda dengan satu matlamat yang sama dan menerapkan ciri-ciri baik serta mengetepikan maklumat yang tidak bermanfaat.

Katanya, laman sosial itu berpangkalan di Istanbul dan mempunyai cawangan pejabat di Moscow serta Kaherah dan diselaraskan di 30 buah negara lain, dijangka menarik kira-kira 50 juta pengguna dalam tempoh tiga tahun.


"Motif utama projek ini ialah untuk membina rangkaian sosial tanpa unsur-unsur yang dilarang oleh agama. Untuk mencapai matlamat ini, kami memerlukan pasukan perantara yang ramai untuk mengendalikan proses penapisan data.

"Kami juga bergantung kepada pengguna untuk menapis sendiri kandungan data yang digunakan," katanya.

Azimov, bagaimanapun enggan mengulas mengenai butiran sumber kewangan bagi projek itu dan menyatakan ia tidak menjadi masalah besar.


Laman sosial tersebut turut menawarkan perkhidmatan seperti khidmat perundingan teologi dan panduan lokasi masjid dan kedai-kedai makanan halal.

"Kami juga sedang berusaha mencipta ensiklopedia secara talian atau dikenali sebagai Islamic Wikipedia," katanya.

sumber: utusan malaysia

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.