Saturday, December 10, 2011

Ajaib, Pokok Pisang Berbuah Dua Kali






Pokok pisang biasanya berbuah hanya sekali, tetapi apa yang berlaku di Kampung Sidorejo di Jawa Timur amat menakjubkan apabila sebatang pohon pisang berbuah sebanyak dua kali.

 Inilah pokok pisang milik Arni yang berbuah dua kali di Tuban, Jawa Timur.

Kejadian ini menyebabkan orang ramai berduyun-duyun datang untuk melihat sendiri keanehan tersebut, memandangkan ini kali pertama peristiwa seperti itu berlaku di kampung tersebut.

Menurut pemilik pohon pisang itu, Arni, 47, dia menyedari kejadian aneh itu pada minggu lalu selepas dimaklumkan oleh isterinya dan pada mulanya dia sendiri tidak mempercayainya.

"Mana mungkin pisang yang telah ditebang dan membusuk berbuah lagi,"

Arni berkata, sebelum kejadian aneh itu berlaku, dia ada bermimpi mengaji al-Quran selama beberapa kali, tetapi tidak menyangka akan berlaku sesuatu perkara ganjil.

Arni menegaskan bahawa dia tidak akan menjual pisang itu dan mahu makannya sendiri kerana mereka sekeluarga teringin untuk makan pisang aneh tersebut.

sumber: utusan malaysia

Entri-Entri Berkaitan.....

2 comments:

  1. Keajaiban yang Allah cuba tunjukkan. Tiada yang mustahil...

    ReplyDelete
  2. mcm kelahiran Nabi Isa tanpa bapa. Allah Maha Berkuasa.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails