Skip to main content

Kontroversi Gambar Pemimpin Dunia Bercium Mulut Dalam Iklan Benetton!





Kempen pengiklanan jenama pakaian terkenal, Benetton berjudul UNHATE yang dipaparkan di kedai di seluruh dunia, media cetak dan Internet baru-baru ini mencetuskan kontroversi apabila imej beberapa pemimpin dunia 'bercumbu' dipaparkan termasuklah imej Pope Benedict bercium dengan seorang ulamak dari Mesir. 


Vatican semalam mengeluarkan kecaman terhadap kempen global syarikat pakaian Benetton kerana turut memaparkan imej Pope Benedict XVI bercium dengan Imam Masjid al-Azhar, Sheikh Ahmed el-Tayyeb.

“Kita mesti menyatakan bantahan sekeras-kerasnya terhadap penggunaan melampau imej ketua paderi yang dimanipulasi dan dieksploit secara terbuka demi memenuhi kehendak kempen komersial,” kata kenyataan itu dibuat jurucakap Vatican, Federico Lombardi.

Menurut Lombardi, kempen komersial berkenaan menunjukkan rasa tidak hormat syarikat terbabit kepada pemimpin tertinggi Kristian serta menghina perasaan penganut agama itu.


Katanya, ia menunjukkan bagaimana sesuatu publisiti boleh dibuat secara provokatif tanpa menghormati orang lain yang menjadi peraturan asas demi menarik perhatian awam.

“Vatican mengkaji apa langkah sewajarnya perlu diambil bagi menjamin pembelaan adil terhadap imej Pope,” katanya.

Melalui iklan itu, Benedict dipaparkan berkucupan dengan Ahmed - seorang imam di Kaherah, Mesir, serta pemimpin Sunnah disegani.


 Lagi aksi pemimpin dunia lain 'berkucup':

 Gambar: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, berkucupan dengan Presiden Venezuela, Hugo Chavez


 Gambar: Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, berpasangan dengan Canselor Jerman, Angela Merkel.


Gambar: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pula dipaparkan berkucupan dengan pemimpin Fatah Palestin, Mahmoud Abbas


Gambar: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, berkucupan dengan Presiden China, Hu Jintao


Gambar: Presiden Korea Utara, Kim Jong-il pula bercumbu dengan Presiden Korea Selatan, Lee Myung Bak


Timbalan Pengerusi Benetton, Alessandro Benetton, berkata iklan itu adalah “provokasi membina” untuk mempromosi sikap toleransi.

“Kami memilih isu sosial dan aktif mempromosi isu kemanusiaan ke seluruh dunia,” katanya.

sumber: harian metro, dailymail.co.uk

Comments

  1. pandai diorg photoshop :(

    ReplyDelete
  2. kepala hotak kau!!!!...nie satu penghinaan...

    ReplyDelete
  3. mmg satu penghinaan tp setahu aku yg suka cium mult nie ulama dr iran atau dari golongan syiah...cb tgk kat web2 syiah mesti ulama dia cium mulut bl berjumpe dgn pengikut atau pemimpin besar

    ReplyDelete
  4. cium kiri kanan jeh

    ReplyDelete
  5. boleh menyebabkan bangsa melayu terikut2 je.sepatutnye tunjukkan bende yg bak2 je..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif.

1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.


Saiz Zakar Lelaki Mengikut Negara (Malaysia di tempat ke-106)

Salah satu faktoryang agakdominandalam menentukan saizzakarnormaladalah faktorgenetik.Ini adalah satu faktorpentingyang mestiberbeza dari setiapbangsa,keturunan,dan negarasecara keseluruhannya.

Cara Membuat Simbol dan Emoticon Menggunakan Keyboard

Jika anda seorang keyboard warrior, ini ada beberapa trick menarik untuk memantapkan skill anda:

Cara-caranya: Find Alt code.