Skip to main content

Muammar Gaddafi : Sejarah Kebangkitan dan Kejatuhan Seorang Diktator





Siapa menyangka seorang bayi yang dilahirkan di dalam sebuah kem puak Badwi di gurun Sirt, Libya pada 7 Jun 1942 akan membawa kepada kebangkitan pemimpin utama di negara rantau Afrika itu.


Keturunan

Muammar Muhammad al-Gaddafi atau kini lebih dikenali sebagai Muammar Gaddafi berasal daripada kaum Arab Berber dikenali sebagai Qadhadhfa yang tinggal di sekitar Oasis Hun.

Gaddafi mendakwa datuknya, Abdessalam Bouminyar turut serta menentang penjajahan Itali di Libya dan merupakan pejuang pertama yang mati syahid di Khoms ketika perang pada tahun 1911.


Pendidikan

Memulakan pendidikan di sekolah rendah agama Islam, beliau banyak terpengaruh dengan beberapa peristiwa besar di benua Arab terutamanya perjuangan penduduk Palestin menentang rejim Israel.

Gaddafi juga mengangkat Gamal Abdel Nasser, Presiden Mesir sekitar 1952 sebagai idola dan hero dalam menetapkan perjuangannya di Libya sehinggakan berani menyertai protes terhadap Krisis Suez menentang Israel ketika usianya baru belasan tahun.


Menghabiskan pendidikan menengah dengan tumpuan kepada pendidikan sejarah di bawah tutor peribadi di Misrata, Gaddafi seterusnya mula menceburi kerjaya sebagai anggota tentera yang membuka peluang untuknya melanjutkan pelajaran ke tahap lebih tinggi serta menyertai dunia politik.

Gaddafi memasuki akademi tentera Libya di Benghazi pada 1961 hingga 1966 dan menyertai Gerakan Pegawai Tentera Bebas demi memupuk perpaduan selepas kekalahan teruk negara-negara Arab kepada Israel pada 1967.



Perkahwinan dan Keluarga Gaddafi

Beliau berkahwin dua kali dan kekal dengan isteri keduanya, Safia Farkash, seorang jururawat yang menjaganya ketika mendapat rawatan apendiks pada 1969.


Dikurniakan lapan orang anak, tujuh daripadanya lelaki, beliau turut mengambil dua orang anak angkat perempuan tetapi seorang daripadanya, Hanna dilaporkan terbunuh ketika cubaan membunuhnya pada 1986.



 Penggerak Revolusi Libya

Gaddafi dikatakan memulakan perancangan menggulingkan takhta Raja Libya sejak di kolej tentera lagi dan akhirnya memimpin sekumpulan kecil pegawai muda tentera merampas kuasa pada 1 September 1969 ketika Raja Idris mendapatkan rawatan di Turki.


Peristiwa dikenali sebagai Revolusi Libya itu membawa kepada pengisytiharan negara itu sebagai sebuah republik dan Perlembagaannya dimansuhkan oleh Gaddafi yang mula memerintah ketika baru berumur 27 tahun.



Bermulanya Era Diktator

Tidak lama kemudian, Gaddafi membentuk sistem undang-undang baru mengikut ideologinya sendiri dan mengubah kalendar rasmi Libya daripada kalendar Kristian kepada kalendar Islam.

Beliau mengasingkan diri selama beberapa bulan selepas rampasan kuasa itu sebelum mengarahkan sekitar 20 peratus penduduk Libya berbangsa Itali dihalau bermula 1970.


Berikutan tentangan dalaman pada 1973, beliau membentuk Jawatankuasa Revolusi untuk memantau dan mengawal ketat rakyat negara tersebut termasuk sekatan dalam menyertai politik mahupun bercakap mengenai politik bersama warga asing.

Tahun 1973 turut menyaksikan Gaddafi menyampaikan ucapan menghapuskan semua undang-undang sedia ada dan pelaksanaan sistem perundangan Syariah pada hari sambutan Maulidur Rasul.

Puak penentang dijatuhkan hukuman mati secara umum dan rakaman hukuman kerap diulang tayang di televisyen sebagai peringatan kepada rakyat Libya yang lain sepanjang 1970-an.

Penghujung 1977 menyaksikan Gaddafi mengarahkan serangan roket ke Mesir sebagai tindak balas rancangan Presiden Anwar Sadat menandatangani perjanjian damai dengan Israel.

Perang sempadan selama empat hari itu dimenangi dengan mudah oleh Mesir yang berjaya membunuh lebih 400 tentera Libya dan memusnahkan sebahagian besar pasukan kenderaan berperisai Gaddafi.


Era 1980-an menyaksikan penentangan dalaman meningkat berikutan perang antara negara itu dengan jirannya, Chad sementara satu pemberontakan tentera Libya di Tobruk pada Ogos 1980 turut dihapuskan dengan kejam.

Beratus-ratus rakyat Libya turut terkorban ketika Gaddafi cuba menyelamatkan rakannya Idi Amin sehingga sanggup berperang dengan Tanzania.



Monopoli hasil minyak untuk kepentingan sendiri

Kekayaan sumber terutama bekalan minyak negara dan jumlah penduduk Libya yang kecil membolehkan Gaddafi membiayai banyak pergerakan lain di seluruh dunia daripada gerakan anti-nuklear hingga kesatuan sekerja di Australia.


Bagaimanapun, sebahagian besar hasil sumber minyak itu digunakannya untuk membeli senjata dan menaja pergerakan separa tentera dan pengganas di seluruh dunia, malahan sebagai ganjaran wang tunai untuk membunuh penentang dan individu yang mengkritiknya.

Cubaan membunuh pemimpin Libya itu pada 1986 melalui serangan udara oleh Amerika Syarikat (AS), termasuk pada 1996 oleh Kumpulan Penentang Islamik Libya bersama risikan British gagal.



Kontroversi pengeboman pesawat dan Sekatan oleh PBB

Kerjasama Gaddafi pada 1999 dalam menyerahkan dua ejen risikannya yang dikaitkan dengan pengeboman Lockerbie melibatkan pesawat Pam Am penerbangan 103 akhirnya menamatkan sekatan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2001.


Pada 2003, Libya secara rasmi memikul tanggungjawab terhadap pengeboman Lockerbie tersebut dan Gaddafi bersetuju membayar pampasan AS$2.7 bilion (RM8.04 bilion) kepada keluarga mangsa.

Pada 2010, Gaddafi turut mengumumkan akan membayar pampasan berjumlah AS$3.5 bilion (RM10.42 bilion) kepada mangsa serangan pengganas Tentera Republikan Ireland (IRA) yang ditajanya sekitar 1980-an.

AS juga mengumumkan menyambung kembali hubungan diplomatik penuh dengan Libya pada 2006 selepas pengumuman Gaddafi menghapuskan program senjata pemusnah negaranya dan berhenti menyokong kumpulan pengganas.



Kejatuhan

Kepimpinan Gaddafi selama 42 tahun meletakkannya sebagai ketua negara bukan kerabat diraja keempat paling lama memerintah di dunia dan pemimpin Arab paling lama memerintah.

Malangnya, pemberontakan besar-besaran yang bermula pada Februari 2011 yang dibantu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) semakin menekan keruntuhan kerajaan pimpinan Gaddafi.


Walaupun Britain dan AS menyatakan Libya sebagai sahabat dalam menentang keganasan dan senjata pemusnah, kedua-dua negara itu akhirnya memilih untuk menyokong kumpulan pemberontak menjatuhkan kerajaan Gaddafi.

Sebahagian tentera dan pasukan pertahanan yang dihantar Gaddafi pula dilaporkan berpaling tadah dan menolong pemberontakan menawan beberapa bandar strategik di Libya.

Malah, sebahagian besar ibu kota Tripoli juga dilaporkan jatuh ke tangan pemberontak beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri sementara nasib Gaddafi dan beberapa anaknya belum dapat dipastikan.

sumber: utusan, http://www.freedomsphoenix.com, http://visboo.com/

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.