Skip to main content

Artis-Artis Korea Terkacak dan Tercantik di Dunia Nyata!






Baru-baru ini stesen MBC menjalankan soal selidik terhadap 88 artis bagi memilih bintang paling menawan di luar kaca televisyen (TV) – maksudnya dalam kehidupan sebenar!


Segmen dipanggil “Carta Sebenar! Penarafan Sendiri Bintang” itu mencari siapa yang menjadi pilihan artis K-Pop sebagai bintang lelaki paling kacak dan wanita paling jelita.

Bintang yang berjaya menempatkan diri di kedudukan 5 terbaik lelaki tidak lain tidak bukan ialah anggota Super Junior, Choi Si Won, ketua SS501, Kim Hyun Joong, TOP daripada Big Bang di samping dua anggota 2PM, Taecyeon dan Nichkhun.

Choi Si Won


 Kim Hyun Joong


 TOP


 Taecyeon


 Nichkhun


Artis wanita yang berada dalam kedudukan teratas pula ialah Yoona daripada Girls Generation (SNSD), anggota termuda Miss A, Suzy serta dua anggota T-ara, Jiyeon dan Qri.


 Yoona


Suzy


 Jiyeon


 Qri


Hasil undian ke atas 88 artis yang terlibat dalam soal selidik itu bagaimanapun akhirnya menempatkan Nichkhun dan Jiyeon sebagai juara kategori masing-masing.


Walaupun keputusan bagi artis lelaki memang sudah diduga namun untuk kategori bintang wanita, pemilihan Jiyeon memang tidak disangka. Apatah lagi dia menewaskan Yoona yang cukup popular dan kerap kali menjadi pilihan artis lelaki.

Namun pertandingan kali ini memang lain daripada yang lain kerana ia memilih bintang yang benar-benar cantik dalam dunia nyata dan bukan hanya kelihatan fotogenik.

Jiyeon ketika mengulas pemilihannya seperti dilaporkan Chosun via Naver mempunyai komen yang menarik; “Saya tak nampak elok dalam kamera. Rasanya saya nampak sama dalam TV tetapi memandangkan saya nampak lebih baik dalam dunia sebenar, datanglah jumpa saya dan lihat sendiri!”

Namun kecantikan memang sesuatu yang subjektif dan bergantung kepada cita rasa orang yang menilainya.


So, peminat-peminat K-pop di luar sana, agak-agaknya siapa pula artis yang cantik dan kacak di mata anda?



sumber: utusan malaysia, http://www.koreaboo.com

Comments

  1. hhahhaa...sbg pminat kipas susah mati k-pop mari dgr komen sy! hahaha..ok, CHOI SIWON n HyunJoong mmg terbaek coz mrk mmg obviously tersaaaangaaaat la hencem tahap gaban! tp seriously rmai lg y berpotensi spt chandung mblaq, gi kwang beast, jaeejoong JYJ..hahahhaha gilerr =D

    then, jiyeon n suzy mmg pilihan y tepat tp they r more to cute than beautiful, so i think i go for yoona juge la w/pon sy xminat yoona! haha.. =D

    ReplyDelete
  2. Hai?
    Jangan lupa untuk layari hiburan, informasi dan berita yang menarik disini > Blog BOM321
    Gosip, dunia hiburan, gambar2 artis disini > Blog Gosip321

    ReplyDelete
  3. @Sizzling Suzai cik suzai, mmg personally en Billy pn pilih yoona la..but kecantikan itu kan subjektif..hehhe

    ReplyDelete
  4. @miss fatihah mgkin ada, tp x trsenarai kt atas kot...ranking keseluruhan blom kuar lg dr pihak mbc..huhu

    ReplyDelete
  5. hahaha....nickhun org thailand..org korea pn klh ngn thailand..

    ReplyDelete
  6. klu girl tuwh memng dh cntik..but laki maybe ada yg lebih ensem..cuba cari laen..asyk laki yg same je..

    ReplyDelete
  7. yoona paling cantik :)

    btw,tgok2lah ye..
    http://jurutypistpro.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. semuanya palsu.........pembedahan jak tu..

    ReplyDelete
  9. yoona la paling cantik~ jiyeon more too cute girl..

    ReplyDelete
  10. wah, nichkhun layak menang sebab dia asli. dia tak bedah cam artis lain. huhu.

    ReplyDelete
  11. muka orang Malaysia lagi ramai yg h'sem tw..setakat Nichkhun...blehlah...

    ReplyDelete
  12. kbykkn artis korea wt plastic surgery ..... aq x ckp semuaa .. aq ckp kbykkn ... group snsd pon byk gak ..cam sunny ... dulu bknnye cntik ponn.. tgk2 skrg cntik comel pulakk tuhhh!! ... mmg lha kt korea x slh kalu wt plstic surgry ... tpii .. skire nyer yg tcalon kt sini tuh wt plstic surgery adil ke??? saper yg pndai dye boleh pikir sye yg kurng pndai ......................................................

    ReplyDelete
  13. kim hyung joong comell lahh , .!

    ReplyDelete
  14. jika laki nampak cam pompuan.. that's NOT cool!!!

    ReplyDelete
  15. Seriusly setuju sangat ngn anon 105 itew....
    muka laki cam pompuan ilang selera mak!
    siwon tu okey gak... ade la.

    kalau pompuan pulak mak better pilih yoona, huhux! jiyeon tak maulah... muka cantek pangai hanjeng!!! tau kan pasal kes buli bandmate dia sendiri ari tuh? sial aje... nak lempang sekali muka dia depan2... menyesal terlepas nak pegi konsert dia ari tu... kalo si qri okay, muka sejok aje aku tengok x macam ahli lain. uolls dog okay! betul ke english mak??

    ReplyDelete
  16. leeteuk from Super Junior pown ok gak..hehe

    ReplyDelete
  17. alahai semua,takyah la puji sangat..nak2 yang perempuan tu,tu diorang tu cantik dgan ps je.semua tau kore trkenal dgn ps tu.berape orng je yg cantik natural.rasenye artis malaysia jauh lg cantk dr diorang tu,natural lg.cm grup snsd tu ingt diorang tu natural ke.x banggala lau duk rangking plng ats pun lau plastik.

    ReplyDelete
  18. setuju sgt dgn pmlihan nickhun sbb dia [unya comel natural.

    ReplyDelete
  19. kaw pasti ka dorg nie x ada bwat plastic surgery? TOP tu dlu besar gilerr~ X lah sure sgt smada dorg nie ada bwat plastic surgery @ x... yg pling hensem is Yunho (TVXQ), Changmin (TVXQ), Yoochun (JYJ Former TVXQ) and Junsu (JYJ former TVXQ)... Jaejoong hensem gak... tpi.... think dy ada bwat plastic surgery~ So most hensem in reality i believe is the other four~ Nickhun tu org thai~

    ReplyDelete
  20. kena tengok jugak produk kecantikan apa yg diorang guna.gila mewah kot.ada yang pkai shiseido,sky2,loreal sokmo kot.memang patut pun kulit putih mulus

    ReplyDelete
  21. rasenye Yoona ptot menang sebab sye prnah tgk pic jiyeon tnpe makeup . . Laen sngt mke dye

    ReplyDelete
  22. yoona! yoona! yoona!

    ReplyDelete
  23. sebenar'y yuri(snsd) lah yg paling cntik...doktor2 yg pakar dlm kecantikan pun kata camtu...untk lelaki pulak...sy x boleh nafikan....bukan Nickhun yg paling kacak..tapi Kim Hyun Joong....huhhh...terpaksa ckp camtu...meskipun nickhun & Minho(SHINee) adalah idol korea yg paling sy minati...

    ReplyDelete
  24. I love Nichkhun more..

    ReplyDelete
  25. Bae suzy gemuk kurus yoona lagi!!!

    ReplyDelete
  26. Top!!!!!!!! Hensem gilaaaaa...

    ReplyDelete
  27. Eiii pelik seh org yg mnt korea ni... artis korea ni lawa2 psal bedah plastik itu pon nk bgge ker???? Lain lah asli... lg satu x best pon citer korea ni... citer org kafir.. lebih baik tgok ceramah kat tv lg bgus... kiamat dh nk dkt ni.. dajal nk turun... artis korea x tlog pon... mkin jd pgikut dajal adlah.. nme pon kafir... so better yg minat2 kpop gila2 tu lupakan je lha... .kiamat nk dkat dha... taubat la sblum terlambat....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.