Skip to main content

Rakyat Mesir Benci Perkataan 'Ramadan al-Mubarak'


Ketika umat Islam menjalani ibadat puasa bulan Ramadan, ada banyak ucapan ‘Ramadan Mubarak’ disebut. Pada hakikatnya, ia adalah ucapan tradisi di seluruh negara yang menjadi topik biasa Mesir dalam Twitter kerana menganggapnya ada kaitan dengan bekas Presiden Hosni Mubarak.


Namun ketika beberapa orang menuding dalam laman mikro blog itu, frasa itu mempunyai kesan berbeza terhadap kebangkitan rakyat yang mengakibatkan pengunduran ketika pemberontakan Arab - namanya dan perkataan ‘berkat’ seperti cadangan terjemahan, pada hakikatnya sama makna.

“Jangan sebut Ramadan Mubarak kepada rakan Mesir anda, mereka benci dengan nama itu. Sebaliknya gunakan ucapan Ramadan Kareem,” kata pakar Asia Barat Turki Ufuk Ulutas menasihatkan, antara lain menyokong cadangan Jenan Moussa dari televisyen Al Aan.
 
 Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak

Tulisan Twitter Gaza Youth Break Out menawarkan panduan sama: “Saya benci mengingati Mubarak, katakan Ramadan Kareem. Syukur tiada lagi pemimpin Arab lain digelar kareem.”

Mungkin semua ini menjelaskan mengapa Presiden Barack Obama memberi ucapan kepada umat Islam seluruh dunia satu ‘bulan diberkati’ dalam bahasa Inggeris dan ‘Ramadan Kareem’ dalam bahasa Arab.


Andy Carvin dari NPR terkejut betapa sedikitnya orang mengucapkan Ramadan Mubarak.

“Anda akan fikir mereka akhirnya menganggap Mubarak sebagai ucapan biasa yang tiada kena mengena dengan mereka,” beliau menulis.

Namun yang lain masih lagi membuat jenaka mengenainya.

“Ramadan Mubarak seperti pada 2010. Kini kita mengucapkan Ramadan Tantawi,” tulis aktivis Mesir Hussein Allam, sebagai rujukan kepada Mohamed Hussein Tantawi, ketua majlis pemerintah Mesir.

“Tampar diri anda jika anda fikir Ramadan Mubarak merujuk kepada anak lelaki Hosni Mubarak,” kata penulis blog Kenya, Gidi O Gidi.

Namun, tidak semua orang geli hati. “Saya, secara serius tidak akan mengikuti sesiapa yang menulis jenaka menghina mengenai Ramadan ‘Mubarak’ dan Eid ‘Mubarak’,” pengguna Twitter Mesir @sselhelw memberi amaran.

sumber: berita harian

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri

 Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua. "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”