Skip to main content

Kajian Dapati Wanita Bersolek Untuk Pikat Kaum Sejenis





Satu kajian mendapati pendapat bahawa wanita menghabiskan berjam-jam di hadapan cermin semata-mata untuk menarik perhatian golongan lelaki adalah tidak benar, sebaliknya mereka berdandan untuk menarik perhatian rakan sama jantina.


Satu kajian terhadap 2,000 orang oleh jenama penjagaan kulit Simple mendapati dua pertiga berpakaian cantik untuk mendapatkan pujian daripada wanita lain manakala enam daripada 10 orang berusia antara 18 hingga 30 tahun, berkata mereka lebih banyak memikirkan mengenai rakan wanita apabila memilih apa yang hendak dipakai.

Lebih satu pertiga berkata pujian sebenar yang diperoleh adalah daripada rakan wanita yang mereka kenali dan bukan daripada golongan lelaki.

“Ada satu tanggapan bahawa wanita berdandan untuk menarik perhatian jantina bertentangan tetapi kajian ini mendedahkan bahawa ia bukanlah perkara sebenar,” kata Daily Mail yang memetik seorang jurucakap Simple.

“Fakta bahawa ramai wanita mengambil berat mengenai apa yang difikirkan rakan wanita mengenai penampilan mereka adalah semula jadi.


“Secara keseluruhan, wanita lebih mengetahui apabila ia membabitkan pakaian, solekan dan gaya, jadi ia bukanlah satu kejutan bahawa wanita berdandan untuk menarik perhatian wanita lain berbanding lelaki,” kata jurucakap terbabit.

Dalam kajian terbabit, lebih separuh wanita berkata mereka tidak pernah berdandan semata-mata hanya untuk menarik perhatian seorang lelaki manakala 22 peratus berpendapat bahawa pandangan seseorang lelaki langsung tidak penting bagi mereka.

Sejumlah 48 peratus wanita pula sebenarnya lebih suka untuk mendapatkan satu pujian daripada seorang wanita yang tidak dikenali berbanding seorang lelaki.

“Penampilan ternyata amat penting bagi wanita, mereka mahu sentiasa kelihatan menarik sepanjang masa.

“Ia lebih baik mengetahui bahawa wanita lebih suka menarik perhatian rakan sesama jantina dan ia langsung tidak ada kaitan dengan jantina bertentangan,” kata jurucakap Simple terbabit.

Fatin Liyana...agak-agaknya dia mekap lawa2 gini untuk apa yea? owh, dia kan model...huhuhu

 p/s: so, wanita-wanita di luar sana, setuju tak dengan kajian di atas?

sumber: berita harian

Comments

  1. ade betolnya jugak. ikutkan, perempuan ni nak cantik supaya pompuan laen nampak dia lebih gojes dr org laen. ntuk pikat laki tu blakang cite

    ReplyDelete
  2. @beLLa pengakuan ikhlas ye..uhuhu, rasanya ia mmg sifat semulajadi kan..laki pn kadang2 berhias bagai nk rak so that diorg nmpk kacak di mata lelaki lain

    ReplyDelete
  3. sbbnya kalo mekap utk lelaki mereka kurg pndai menilai..nt dikatanya mcm pelakon opera la hantu cina la..hikhik

    ReplyDelete
  4. betul tuh...dia nak perempuan lain adore dia..bukan untuk tarik perhatian laki pon...

    ReplyDelete
  5. mm..mgkin..
    pompuan kan suke bersaing sesama sendiri..ehehe

    ReplyDelete
  6. ppuan jelos sesama sendiri. tu la mrk make up sampai ada yg over tu...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.