Skip to main content

Hadiah Terbaik Untuk Bekas Isteri





Datuk Bandar sebuah bandar kecil di Kanada disoal siasat oleh polis selepas dia meletakkan batu seberat 20 tan yang dibungkus dengan kertas pembalut hadiah di jalan masuk ke rumah bekas isterinya.


Dany Lariviere, Datuk Bandar Saint-Thodore-d’Acton, berhampiran Montreal, mendakwa bertindak demikian kerana mahu menghentikan isterinya daripada mengganggunya.

Lariviere yang juga pemilik sebuah syarikat pengorek turut menyembur batu itu dengan ucapan selamat hari jadi berwarna oren.

“Saya perlu berbuat sesuatu supaya dia membiarkan saya bersendirian,” kata Lariviere kepada stesen televisyen berbahasa Perancis, TVA.

Pasangan berkenaan yang bercerai sejak tiga tahun lalu saling mendakwa diganggu satu sama lain.

Selepas penghantaran batu itu, isteri Lariviere, Prevost memberitahu sebuah akhbar tempatan, dia sering bimbang mengenai keselamatannya ketika mereka masih menjadi suami isteri. Pasangan terbabit berkongsi hak penjagaan terhadap dua anak mereka, seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dan seorang perempuan berumur sembilan tahun.


Lariviere menghantar bongkah batu itu pada jam 3 pagi Isnin lalu dan ditahan polis sebanyak dua kali untuk disoal mengenai tindakannya mengendalikan jentera berat pada tengah malam. Dia dibenar meneruskan perjalanan selepas polis memeriksa lesen memandu, insurans dan pendaftarannya.

Selain berdepan dengan tuduhan mengganggu dan berkelakuan tidak senonoh, Lariviere juga boleh didakwa atas tuduhan melanggar peraturan lebuh raya.

 
 

sumber: harian metro, metro.co.uk

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.