Skip to main content

Kaum Kayan di Thailand Adalah Manusia Dengan Leher Terpanjang di Dunia?


Wanita dari suku Kayan di Utara Thailand memang terkenal dengan keunikan mereka memakai gegelung tembaga yang luar biasa mengelilingi leher mereka. Mereka sering dipanggil sebagai "manusia leher panjang" atau "wanita zirafah" oleh orang luar. Mereka mampu untuk memakai sehingga 25 gegelung pada sesuatu masa, yang mana kebanyakan daripada mereka tidak pernah menanggalkannya.

 

Kanak-kanak sering diberikan set gegelung pertama mereka  pada umur 5 tahun. Ia terdiri daripada satu set gegelung seberat kira-kira 4 1 / 2 paun, dan gegelung baru akan ditambah secara beransur-ansur.
 

Berat dari gegelung itu akan menekan ke bawah, menyebabkan tulang selangka diturunkan, dan dengan tambahan setiap gegelung lagi, ia turut memampatkan tulang rusuk. Keadaan ini akan menyebabkan bahu kelihatan seperti jatuh sedikit dan ia memberi penampilan seolah-olah leher mereka memanjang. Sedangkan panjang leher mereka adalah normal.

Sesetengah ahli antropologi percaya cerita dongeng mengelilingi kepercayaan bahawa gegelung akan membantu kaum wanita menghindari gigitan harimau, manakala yang lain berfikir ia perlu dilakukan untuk menjadikan penampilan individu kelihatan seperti naga, iaitu salah satu bahagian yang penting dalam mitologi kaum Kayan. Namun apabila bercakap mengenai kaum wanita, ia seolah-olah seperti kecantikan merupakan sebab utama mereka memakai gelung itu.
 

Beberapa fakta menarik:
  • Wanita Kayan mungkin kelihatan mempunyai leher yang panjang, tetapi ini hanyalah satu ilusi optik. Apabila gegelung ditambah, ia menolak tulang kolar dan tulang rusuk ke bawah, mewujudkan penampilan leher yang lebih panjang
  • Sebenarnya meregangkan leher akan menyebabkan lumpuh dan kematian
  • Mitos mengatakan bahawa jika mereka menanggalkan gegelung itu leher mereka tidak akan berupaya untuk menyokong kepala mereka tetapi ini adalah tidak benar. Mengeluarkan gegelung tidak menyebabkan leher mereka runtuh, walaupun ia melemahkan otot.

 
 
 
 


sumber: http://www.timesonline.co.uk, http://www.environmentalgraffiti.com

Comments

  1. owh.yg last tu cantik.jgn la buat die begitu jugak.hohohohoho

    ReplyDelete
  2. saya anak kayan .. bukan dr thailand :D bangga jadi kayanese :')

    ReplyDelete
  3. hehe... terasa nk pkai gelung kt leher.. konfem xda lelaki ska kt sya,, haha

    ReplyDelete
  4. huhuhuhuhu...yup yg last 2 cntik...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.