Skip to main content

Kajian Buktikan Ramai Lelaki Tak Pandai Beli-Belah/ Shopping




Lelaki bergantung kepada isteri atau pasangan untuk membeli separuh daripada pakaian masing-masing, manakala mereka hanya membeli 30 peratus pakaian sendiri.


Kajian oleh jenama fesyen Joe Browns menyatakan, wanita menghabiskan purata dua jam setiap bulan atau 24 jam setahun bersamaan dengan 40 hari sepanjang hayat mereka membeli pakaian untuk suami dan kekasih.

Sebagai perbandingan, lelaki menghabiskan yang jauh lebih sedikit untuk membeli pakaian iaitu kira-kira 50 minit sebulan atau 16.6 hari sepanjang hayat mereka.


Tinjauan membabitkan 1,984 orang dewasa berusia 18 hingga 50 tahun mendedahkan bahawa baki peratus dipenuhi dengan hadiah daripada rakan dan keluarga.

Bagaimanapun, lelaki didapati mempunyai kecenderungan dua kali ganda untuk membeli sehelai pakaian ‘must buy’ berbanding wanita.


“Amat jelas bahawa wanita di Britain mementingkan gaya tetapi menghabiskan banyak masa untuk membentuk penampilan pasangan atau teman lelaki mereka,” kata jurucakap Joe Browns, Simon Brown.

sumber: dailymail.co.uk

Comments

  1. aku rsa aku terkecuali, sb bila bab shoping ni...aku lg expert dr sedara pmpuan aku

    http://snippethariini.blogspot.com/

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri

 Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua. "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”