Imej sekumpulan ikan pari Manta Ray gergasi berenang di Teluk Hanifaru, Kepulauan Maldives dirakamkan seorang jurugambar Britain.
Jurugambar berkenaan, Warren Baverstock, 42, mengambil masa selama sembilan hari untuk merakamkan kumpulan ikan pari gergasi itu yang tiba untuk memakan plankton di perairan tersebut baru-baru ini.
Terdapat sekitar 200 pari manta dengan lebar lebih tiga meter berkumpul di teluk sebesar padang bola sepak itu untuk mencari makanan.
Info Ringkas:
- Manta ray adalah spesis ikan pari yang terbesar di dunia dan mempunyai otak yang paling besar berbanding nisbah berat badan sepupu mereka ikan pari biasa dan jerung. Mereka memakan larva plankton dan ikan sama ada di dasar laut atau di air terbuka.
- Mereka menapis makanan mereka daripada air melalui insang mereka sambil mereka berenang. Manta kerap melawat stesen pembersihan di mana ikan kecil seperti wrasse, remora, dan angelfish berenang di insangnya.
sumber: kosmo, http://unikversiti.blogspot.com
pergh!!!!
ReplyDeleteni kalo wat pari bakor niyh....
leh kenduri 3 hari 3 malm niyh
subhanallah.. bosar bonar tu.... mmg bole buat kenduri 3 hari 3 mlam.. :)
ReplyDeletekita bakor je
ReplyDeletecantik gambar-gambar ni...ikan pari tu tak serang manusia ke
ReplyDeletedia makan plankton jak
ReplyDelete