Bayangkan, dengan hanya menyiarkan aksi mengunyah dan menelan pelbagai jenis makanan di internet, wanita ini mampu menjana pendapatan yang mengagumkan.
Seorang wanita yang mahu menjadi ibu yang paling gemuk di dunia, Donna Simpson memperoleh pendapatan sebanyak AS$90,000 (RM270, 000) setahun daripada para peminat yang membuat bayaran di online untuk menyaksikan dia makan.
Ibu itu, Donna Simpson, 44, yang mempunyai dua anak kini memiliki berat 317.51 kilogram (kg) dan dia perlu menambah berat badan untuk menjadikan ibu paling gemuk di dunia. Donna perlu menambah berat badan sehingga 457.22kg untuk menjadi ibu paling berat di dunia.
Keuntungan daripada laman online yang menyiarkan imej dia makan membolehkannya menyimpan wang untuk membeli makanan yang dianggarkan AS$805.35 (RM2,415.24) seminggu.
Para peminatnya menyaksikan dia makan burger, piza, kek, kentang goreng, daging dan minuman berkarbonat di laman webnya dengan kadar bayaran AS$20 (RM60.14) untuk tempoh 30 hari.
Donna yang menghidap diabetes, jantung dan tekanan darah tinggi kini menaiki skuter khas untuk bergerak selain memakai pakaian saiz XXXXXXXL. So, hebat ke??
sumber: kosmo, dailymail.co.uk
XXXXXXXL ?? ya Allah... speechless skejap..
ReplyDeletegemok tang perot..hihi
ReplyDeletexsehatnye mcmniii...
ReplyDeleteperhh . tak hebat langsung .. boleh bawa maut tuhh kalau terlebih berat .. dasyat !.. HAHAHA
ReplyDeletemak aihh...
ReplyDeleteperut dia...menakutkan..huhu..
nasib bek ader suami kat sebelah...at least boley la jaga kalu sakit...
gemok giler..
ReplyDeletebpe kali double 'x' la die ade..
dasyat2x..