Skip to main content

Haram Makan, Berubat Guna Cicak Tokek - Majlis Fatwa Kebangsaan





Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang buat kali ke-95 pada 16 hingga 18 Jun lalu memutuskan hukum memakan dan berubat dengan menggunakan cicak tokek adalah haram.


Dalam satu kenyataan yang dipaparkan di laman web e-fatwa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Fatwa Kebangsaan berpandangan bahawa para ahli fekah telah mengklasifikasikan cicak tokek sebagai binatang yang haram dimakan kerana ia tergolong dalam kategori yang menjijikkan serta mempunyai racun.

“Justeru, masyarakat Malaysia diseru tidak menjadikan binatang ini sebagai makanan yang biasa dimakan. Sehingga kini, tidak ada bukti saintifik dan ujian klinikal yang membuktikan penggunaan cicak tokek mampu menjadi penawar kepada penyakit-penyakit tertentu,” menurut kenyataan yang dikeluarkan itu.

Sebelum ini laporan akhbar pernah menyebut permintaan cicak tokek amat tinggi dan didakwa dijual pada harga ratusan ribu bagi seekor cicak jika ia dijual.

Ada juga dakwaan yang menyebut cicak ini mampu mengubati penyakit HIV bagaimanapun sehingga kini tiada kajian yang dapat mengesahkan kesahihannya.

“Justeru, Jawatankuasa Muzarakah Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan hukum memakan cicak tokek adalah haram di sisi Islam.

“Manakala untuk tujuan perubatan penggunaan cicak tokek adalah diharuskan dengan syarat keberkesanannya dapat dibuktikan sekiranya tiada alternatif ubat lain yang boleh digunakan bagi merawat penyakit berkenaan,” katanya.

sumber: mstar

Comments

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Saiz Zakar Lelaki Mengikut Negara (Malaysia di tempat ke-106)

Salah satu faktor yang agak dominan dalam menentukan saiz zakar normal adalah faktor genetik. Ini adalah satu faktor penting yang mesti berbeza dari setiap bangsa, keturunan, dan negara secara keseluruhannya.  

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.