Skip to main content

Gambar Wayne Rooney Buat Proses Pemindahan Rambut


Wajah terbaru Rooney dengan rambut yang masih dalam proses pertumbuhan

Proses pemindahan rambutnya masih baru, jadi mungkin keadaan panas di Barbados bukan tempat yang sesuai untuk menjalani istirahat selepas melakukan prosedur itu.

Wayne Rooney memastikan folikel rambutnya dilindungi daripada sinaran UV di bawah topi sebaik dia tiba di negara itu bersama isterinya Coleen dan anak lelakinya Kai.


Pemain bola sepak berusia 25 tahun itu sebelum itu menulis kepada pengikutnya di Twitter tentang wajah barunya dengan memuat turun gambar kepalanya selepas menjalani pemindahan bernilai 30,000 pound (RM150,000) itu.

Namun, Rooney mengakui dia merasa sakit sedikit selepas menjalani prosedur itu dengan menulis: “Hai semua, ini kepala saya. Ia akan mengambil masa beberapa bulan untuk rambut tumbuh. Masih ada sedikit pendarahan, tetapi ia normal.”

 Imej terdahulu Rooney

Penyerang England dan Manchester United itu dilihat memakai topi besbol dan baju yang bertutup di kepala walaupun di bawah cuaca terik ketika dia meninggalkan Pusat Perubatan Queen Anne Street di tengah London, Khamis lalu.

source: dailymail.co.uk

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif.

1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.


Saiz Zakar Lelaki Mengikut Negara (Malaysia di tempat ke-106)

Salah satu faktoryang agakdominandalam menentukan saizzakarnormaladalah faktorgenetik.Ini adalah satu faktorpentingyang mestiberbeza dari setiapbangsa,keturunan,dan negarasecara keseluruhannya.

Cara Membuat Simbol dan Emoticon Menggunakan Keyboard

Jika anda seorang keyboard warrior, ini ada beberapa trick menarik untuk memantapkan skill anda:

Cara-caranya: Find Alt code.