Skip to main content

Tokyo's Cat Cafe - Kafe Yang Dipenuhi Dengan Kucing-Kucing Comel


Cat cafes adalah sangat popular di Jepun sejak ia pertama kalinya dibuka di Bandaraya Osaka pada tahun 2004. Di sini, anda boleh duduk-duduk bersama rakan-rakan anda, minum kopi atau teh dan pada masa yang sama anda akan ditemani oleh 20 hingga 30 ekor kucing.

 

Dengan bayaran berpatutan di antara RM 15 hingga RM 18, para penggemar kucing di Jepun dapat menikmati minuman kopi atau teh mereka disamping dapat bermain dengan kucing-kucing yang terdapat di situ.

Menghabiskan masa selama sejam di situ dikatakan dapat menghilangkan stress dan merehatkan minda terutamanya bagi ahli perniagaan Jepun yang sibuk seharian di tempat kerja. Kebanyakan daripada mereka tidak dapat membela binatang peliharaan di rumah lantaran jadual kerja mereka yang padat. Justeru, Cat Cafes ini merupakan pilihan terbaik bagi mereka untuk merehatkan diri.


Tentunya ada peraturan yang perlu diikuti bila anda berada di sini. Pertamanya, anda perlu menanggalkan kasut dan hanya memakai selipar yang disediakan. Selain itu, anda juga akan diberikan semburan disinfectant  untuk membolehkan anda menyentuh kucing-kucing di situ. Anda turut dilarang mengambil foto menggunakan lampu flash, menarik ekor kucing dan mengejutkan kucing yang sedang tidur.


Lagi gambar-gambar menarik:


source: http://laikepo.blogspot.com

Comments

  1. comel2 n gebu2 kucing..tingat kucng hani yg dah mati tu..sob sob

    ReplyDelete
  2. kawaii..ee..geramnya...nk sekor

    ReplyDelete
  3. nk try buat kt msia la.agak2 dpt sambutan x?hehee

    ReplyDelete
  4. x suka kucing!
    paling x suka bila aku tgh mkn kt gerai ka restoren ka,pastuh ada kucing dtg merengek kt kaki,lompat atas meja mkn~fobia!

    ReplyDelete
  5. wowo bleh eh cm ni.besh nya.sape yg tak suke kucen tak yah masuk sini.

    ReplyDelete
  6. wah...minum kopi sambil terapi...
    hilangkan stress..

    ReplyDelete
  7. haiwan kesayangan Rasulullah tu...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif.

1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.


Saiz Zakar Lelaki Mengikut Negara (Malaysia di tempat ke-106)

Salah satu faktoryang agakdominandalam menentukan saizzakarnormaladalah faktorgenetik.Ini adalah satu faktorpentingyang mestiberbeza dari setiapbangsa,keturunan,dan negarasecara keseluruhannya.

Cara Membuat Simbol dan Emoticon Menggunakan Keyboard

Jika anda seorang keyboard warrior, ini ada beberapa trick menarik untuk memantapkan skill anda:

Cara-caranya: Find Alt code.