Skip to main content

Samsung Bakal Ambil Alih Nokia?





 Amat berharap agar berita ini tidak benar.

Setelah ianya diperkatakan sebelum ini yang mana Microsoft dalam perbincangan untuk mengambil-alih sebahagian daripada Nokia, kini ura-ura baru mula kedengaran memperkatakan yang mana Samsung kini dalam perancangan untuk membeli Nokia. 



Buat masa ini, informasi berkaitan perkara ini masih lagi tidak diketahui, memandangkan ianya masih lagi pada peringkat ura-ura. Namun begitu, sekiranya ianya benar dan terjadi, maka Samsung akan memegang dua segmen utama dalam dunia telefon mudah-alih, iaitu sebagai pengeluar terkemuka telefon pintar berasaskan Android dan juga Windows Phone.

Walaubagaimanapun, ianya masih lagi tidak diketahui, dan Nokia buat masa ini masih lagi dalam proses mengeluarkan telefon pintar Windows Phone mereka yang pertama pada suku tahun keempat tahun ini.

Mengikut sumber, CEO Nokia, Stephen Elop menyifatkan berita pengambilalihan itu sebagai khabar angin yang tidak berasas.

sumber: http://www.iluvislam.com

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.