Skip to main content

Saintis China Cipta Susu Lembu Yang Mempunyai Khasiat Seperti Susu Manusia

 
 
 
 
Saintis China menghasilkan sekumpulan lembu yang diubah suai secara genetik dan mampu mengeluarkan susu seperti susu manusia, menghasilkan formula alternatif di sebuah negara yang dilanda skandal pencemaran susu tepung.


Penyelidik Makmal Utama Negeri bagi Afrobioteknologi di Universiti Pertanian China memperkenalkan kod genetik manusia dalam DNA embrio lembu tenusu Holstein sebelum memindahkan embrio terbabit kepada lembu lain.

Pada 2003, selepas bertahun-tahun menguji tikus, mereka berjaya menghasilkan lembu pertama yang boleh menghasilkan susu dengan kandungan khasiat sama seperti susu manusia, tetapi dengan rasa lebih kuat dan lebih manis.

"Susu yang diubah suai secara genetik adalah 80 peratus sama dengan susu ibu manusia. Ia mengandungi beberapa khasiat utama susu manusia terutama protein dan antibodi yang dipercayai baik untuk kesihatan dan boleh meningkatkan sistem imunasi badan.” kata Li Ning, profesor dan pengarah projek yang juga ketua penyelidik.

Lebih 300 klon ternakan itu kini hidup di sebuah ladang eksperimen di Beijing dengan anak baru dilahirkan setiap minggu.



Kumpulan Li yang disokong oleh sebuah syarikat bioteknologi China utama menyasarkan untuk memiliki susu yang mampu dimiliki di pasaran dalam masa tiga tahun.

Hasil usaha mereka menyusuli skandal toksin dan racun yang menjejaskan kepercayaan pelanggan dalam sektor tenusu China dan produknya.

sumber: berita harian

Comments

  1. uishh...ape2 pun xleh lawan susu ibu la..walaupun dikatakan serupa..tapi sebenarnya tak..huhu

    ReplyDelete
  2. memang ler x same bro.die pun da ckp 80% same.bkn nyer 100% same.heh.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.