Skip to main content

Kajian Buktikan Pengguna Laman Sosial Lebih Mahir Berkawan, Cerdik Politik





Berbeza daripada tanggapan umum bahawa keasyikan berkawan melalui Facebook akan mengancam kemampuan seseorang bersosial di dunia nyata, penyelidik mendapati, kebolehan pengguna laman sesawang sosial itu meningkat lebih tinggi daripada biasa.


Keputusan kaji selidik Pusat Penyelidikan Pew menunjukkan, pengguna Facebook lebih dipercayai, memiliki lebih ramai kawan karib dan lebih celik politik.

Ketua penyelidik, Keith Hampton, berkata sebelum ini banyak spekulasi dibuat mengenai kesan laman sesawang sosial ke atas orang ramai. Katanya, kebanyakan orang percaya pengguna laman sesawang sosial terasing daripada dunia nyata.

“Kajian kami menunjukkan sebaliknya - pengguna laman sesawang seperti Facebook memiliki lebih ramai kawan karib dan terbuka untuk terbabit dalam aktiviti kemasyarakatan dan politik,” katanya.

 
  



Keputusan kajian itu diterbitkan kepada umum semalam. Baru-baru ini, pengkaji menyelidik kecenderungan 2,255 orang dewasa menggunakan Facebook, MySpace, LinkedIn dan Twitter.

Kajian mendapati, pengguna Facebook yang mendaftar masuk ke laman sesawang itu beberapa kali sehari 43 peratus lebih dipercayai berbanding pengguna Internet lain.

sumber: hmetro

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.