Kali ini apa kata kita tengok kad kahwin artis malaysia yang bakal melangsungkan perkahwinan mereka tak lama lagi. Sapa lagi kalau bukan Noh Hujan bersama pasangannya Mizz Nina dan Tomok bersama pasangannya Siti Rahayu. Menariknya, kedua-dua pasangan ini akan bernikah pada hari yang sama.
Kad Kahwin Noh Hujan dan Mizz Nina
Unik tak kad di atas? Kad kahwin mereka bertemakan kimono, iaitu pakaian traditional orang Jepun. Mizz Nina dan Noh Hujan dijangka akan dinikahkan pada 1 Julai 2011 ini.
Kad Kahwin Tomok dan Siti Rahayu
Sekali imbas kad kahwin di atas nampak biasa-biasa saja, tapi bila buka di dalam, baru nampak keunikannya...ianya disertakan dengan bait-bait dan notes lagu Bagaikan Bidadari, nyanyian Tomok sendiri...
Tomok, akan bernikah dengan Siti Rahayu Abas, pada 1 Julai ini di sebuah dewan di Keramat, Kuala Lumpur. Keesokannya majlis resepsi sebelah pengantin perempuan akan diadakan di dewan yang sama.
sumber: beautifulnara, madammondoq.com
comel2
ReplyDeletewow siap ada not lagu. hihih
ReplyDeletePerghhh....kad kahwin dah macam buku skrap...btw, memang cantik. :)
ReplyDeletedua2 comel and kreatif...
ReplyDelete