Sambutan Hari Berbasikal Bogel Sedunia adalah sebuah acara global yang dianjurkan pada tahun 2004 untuk memprotes terhadap kebergantungan minyak dan meminta hak untuk berbasikal diberikan perhatian sewajarnya. Edisi 2011 kali ini menyaksikan penyertaan sebanyak 33 buah negara dengan lebih daripada 60 bandaraya dunia mengambil bahagian dalam acara itu yang berlangsung pada Sabtu (11/6/2011) lalu.
Niatnya memang murni, tetapi mengapa sampai perlu berbogel? Tak ke pelik? Berikut di bawah ini gambar-gambar sambutan acara itu di beberapa bandaraya dunia.
London
Di London, acara ini sudah diadakan sebanyak 7 kali sebelum ini, dan tahun ini merupakan edisi kelapannya. Para penunggang basikal mengambil laluan di tengah-tengah kawasan terkenal di London. Banyak antara peserta yang menghias tubuh mereka dengan slogan protes terhadap kebergantungan minyak dan penggunaan kenderaan bermotor.New York
Santiago, Chile
7 orang penunggang basikal ditangkap kerana dikatakan melanggar moral. Gerakan berbasikal bogel tersebut untuk pertama kalinya dianjurkan di Chile. Ini merupakan edisi pertama sambutan itu diadakan di negara tersebut.
Para penunggang ini mengenakan pakaian mereka sebelumnya, tetapi ketika dalam perjalanan menuju ke Plaza Italia, mereka menanggalkan pakaian mereka dan kemudiannya ditahan oleh pihak polis. Para penunjuk perasaan ini berharap untuk mendapatkan perhatian atas kesedaran untuk mendapatkan hak berbasikal secara aman di Ibu Kota Chile. Santiago sendiri merupakan kota yang paling padat di Amerika Latin.
Sydney
Mexico City
sumber:http://international.okezone.com, wikipedia, nyc
pergggggghhh.biar btol bogel betul3?diorang ni mmg tak pernah malu.huuuuuu.
ReplyDeletedahsyat... o_o
ReplyDeleteeee.. skrg sibuk nk bogel.. nnti dah smpi kat padang mahsyar sibuk nk carik baju... ish2
ReplyDeletesalam singgah,wah kalau tak dibendung ni mau org malaysia ikut...
ReplyDeletenape la ramai betul y suka bogel kt tmpat public camnih...
ReplyDeletemenyakitkan pandangan betol..
p kalu da namenye barat camtula...