Wednesday, June 1, 2011

10 Penyanyi Korea Paling 'Top' Pada 2011





Seramai 388 selebriti dan wakil hiburan diundi dalam sebuah portal berita hiburan rasmi, Korean news portal Enews24 untuk menentukan penyanyi terbaik Korea. 


Selepas undian dikira, tempat pertama dimiliki Cho Yong Pil dengan 58 undian (15.2 peratus). Walaupun berusia lebih 60 tahun, persembahan penyanyi itu masih bertenaga seperti dulu.

Cho Yong Pil

Tempat kedua jatuh kepada kumpulan Big Bang dengan 29 undian (7.4 peratus). Walaupun berbeza 30 undian daripada tempat pertama, Big Bang tetap dipilih sebagai artis paling top industri muzik Korea terkini. Mereka menjadi ikon terhangat dalam industri beberapa tahun kebelakangan ini. Sebaik saja muzik baru mereka di pasaran, mereka berjaya menyapu kedudukan carta muzik seluruh negara, malah fesyen mereka turut menjadi bahan bualan.

Kumpulan Big Bang

Juri Superstar K, Lee Seung Chul menduduki tempat ketiga dalam carta penyanyi Korea paling ‘top’. Dia memiliki peminat daripada pelbagai peringkat umur dan jantina. Sama ada dalam bidang penyiaran mahupun konsert atas talian (online), dia kuat bekerja.

Lee Seung Chul

Tangga seterusnya dimiliki Kim Bum Soo (tempat ke-empat) dengan 22 undian (5.6 peratus) dan kemudian Seo Taiji (tempat ke-lima) satu undian di belakang Kim Bum Soo.

Kim Bum Soo

Seo Taiji

Kumpulan SNSD pula hanya di tangga keenam dengan memperoleh 17 undian (4.3 peratus) manakala TVXQ di tempat ketujuh dengan 12 undian (3.0 peratus).

Kumpulan SNSD

Kumpulan TVXQ

Tempat kelapan menyaksikan keputusan seri diantara dua penyanyi; Kim Gun Mo dan Rain yang masing-masing memperoleh 11 undian (2.8 peratus).

Kim Gun Mo
Rain

Tempat kesembilan pula milik 3 penyanyi ini; Lee Moon Sae, Yoon Do Hyun dan Lee So Ra serta kumpulan terkenal 4minute yang masing-masing memperoleh 8 undian (2.0 peratus).

Kumpulan 4minute

Tempat kesepuluh juga menyaksikan keputusan seri diantara 4 penyanyi ini iaitu; Baek Ji Young, Shin Seung Hoon, Na Ul, dan Insooni yang masing-masing memperoleh  7 undian.


 p/s: korang-korang yang peminat tegar K-pop, adakah berpuas hati dengan kedudukan ini?

source: http://www.allkpop.com, http://www.bigbangupdates.com

Entri-Entri Berkaitan.....

11 comments:

  1. oh tidak. sy cuma percaya pd Super Junior. hahahaha

    ReplyDelete
  2. suju mna ? mcm x betol jaa crta nih..hehe

    ReplyDelete
  3. dear all: mmg dah agak, mesti ramai yg tny pasal suju kan..ahaha..suju mmg tak masuk top 10, tp adelah ranking berapa belas tah..huhu

    ReplyDelete
  4. big bang mantap!! I love u all

    ReplyDelete
  5. big bang memng better dpt nmbor 2 pas2 fesyen diaorng memng ad style gilerr..n kim bum soo klu nyanyi memng ad feeling..n now sumph aq btol2 setuju tvxq dpt no.7..klu x, selalu ad undi,mesti tvxq no1 or 2..mne aci(kes bnyk pemint)la kata kn..n suju belom layk agi sbb cume yesung suara paling best..yg laen biase2 je..baek ji young ngn 4minute pon k gk..klu yg xde dlm carta tu sbb muke diorg je wtkn diorng famous, but suara biase2 je..

    ReplyDelete
  6. eh?.. tipu nieee.. suju xde pun... ;p

    ReplyDelete
  7. tipu nie...xbaek tipu tau...soalan srupa ngan len2...mane suju n b2st sy??hehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails