Thursday, May 5, 2011

Pramugari Hong Kong Belajar Kung Fu, Pramugari Malaysia Pula Belajar Silat?




Syarikat penerbangan Hong Kong Airlines mewajibkan semua kru pesawatnya mempelajari seni bela diri kung fu bagi menghadapi kerenah penumpang mabuk atau sukar dikawal. Mereka dikehendaki menjalani latihan seni bela diri wing chun yang sesuai menumpaskan seseorang dalam jarak dekat.


Menurut Timbalan Pengurus Besar Hong Kong Airlines, Eva Chan, syarikat berkenaan berdepan tiga insiden kekecohan membabitkan penumpang liar setiap minggu.

Katanya, dua minggu lalu seorang anak kapal terpaksa menggunakan kemahiran seni bela dirinya ketika dalam penerbangan dari Beijing ke Hong Kong.

“Pramugari itu memanfaatkan kemahirannya untuk membantu seorang penumpang berbadan besar yang mabuk,” katanya.

Biasanya, kata Chan, pramugari tidak mampu menguruskan penumpang gemuk, terutama apabila dia mabuk. Bagaimanapun, katanya, hasil latihan dijalani dalam seni bela diri, pramugari terbabit dapat menjalankan tugasnya dengan mudah.

Sementara itu, pramugari terbabit, Lumpy Tang, berkata dia tidak pernah menyangka perlu menggunakan ilmu kemahiran kung fu ketika bekerja.

Kata Tang, 22, latihan itu mungkin sukar pada peringkat awal tetapi menjadi semakin menyeronokkan kemudian. "Anda tak boleh menjangkakan apa berlaku dalam pesawat,” katanya.


 
 
 


 Hmmm...pramugari di Hong Kong dah belajar kungfu, bila lagi pramugari MAS dan Air Asia nak belajar bersilat? Hehehe

 


Entri-Entri Berkaitan.....

5 comments:

  1. hehehe..mybe kot beljar silat tp takut klu kain mereka terselak terutama skrt pramugari air asia

    ReplyDelete
  2. Apa susah, pepper spray kan ada..

    ReplyDelete
  3. tak macam susah pulak kan nak bukak silat dengan kebaya ketat2 nih.hehe

    ReplyDelete
  4. wah hebatnya..boleh dijadikan senjata untuk mempertahankan diri semasa bertugas kalau ada apa-apa yang tak dijangka berlaku..tulah pasal AIR ASIA dan MAS tak nak buat macam tu..ni asyik memakai pakaian yang ketat menjolok mata dan meransang nafsu serta tidak menutup aurat

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails