Monday, May 2, 2011

Padang Golf BOGEL Pertama di Dunia





Ianya sebuah konsep permainan golf yang baru dan pertama seumpamanya di dunia. Ianya digelar sebagai Naturist Golf. 


La Jenny, sebuah resort di pantai barat Perancis - tidak terlalu jauh dari Bordeaux, dikatakan sebagai resort golf naturalist satu-satunya yang ada di dunia ini. La Jenny ditubuhkan pada tahun 1993 dan diperluas sehingga merangkumi keluasan 9 hektar pada tahun 2009.

Dengan hanya mempunyai 6 lubang, padang golf di sini tidaklah terlalu besar sepertimana lapangan standard untuk kejohanan golf yang biasanya mempunyai lebih dari 18 lubang dan berkeluasan paling kurang 60 hektar. Saiznya dianggap memadai memandangkan tak ramai orang yang sanggup menghabiskan masa yang lama berjalan di padang yang luas tanpa seurat benang.

Keenam-enam lubang itu termasuklah 4 par 3s dan 2 par 4s.


Resort ini turut menyediakan sesi pembelajaran golf secara individu dan berkumpulan dengan tenaga professional terlatih. Di sini tidak terdapat sebarang halangan dari segi peraturan termasuklah keperluan untuk memiliki handicap adalah tidak diwajibkan. Slogan mereka; "At La Jenny, golf is available for everyone. See you soon for a tee-off."

source: http://mygalleryworld.blogspot.com

Entri-Entri Berkaitan.....

3 comments:

  1. tutup aurat tidak dibenarkan..berbogel bercium dibenarkan memang jahanamlah kau perancis!!

    ReplyDelete
  2. haa~ klu ade mamat ambulance dri cite antu kak limah tu, msti da kene bebel pasal bala dah ni ... sabo je lah....

    ReplyDelete
  3. "ap kejadhnye tu..mmng xtw mlu r..ish2..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails