Skip to main content

Lee Chong Wei Atlet Terkaya di Malaysia




Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah atlet terkaya di Malaysia? Rasanya tidak ramai yang tahu kerana perkara ini tidak pernah dihebohkan, baik oleh Majlis Sukan Negara atau tuan empunya diri atlet itu sendiri. Namun berdasarkan kiraan secara congak, jaguh badminton, Lee Chong Wei adalah atlit terkaya Malaysia dengan pendapatan antara RM2 juta hingga RM3 juta, pada tahun lalu sahaja.


Walaupun pendapatannya itu tidak sehebat Tiger Woods yang muncul atlit dunia yang memperoleh pendapatan tertinggi 53 juta euro (RM222.6 juta), tetapi jumlah yang diraihnya itu berbaloi dengan pengorbanan dan kerja kerasnya selama ini.


Berikut merupakan kiraan congak kekayaan Lee Chong Wei:
  • Ia diperoleh berdasarkan sembilan kejohanan antarabangsa yang dimenangi, selain pingat emas Sukan Komanwel dan perak Sukan Asia, yang membolehkannya mengumpul hampir RM700,000.  
  • Jumlah itu belum termasuk elaun latihan RM4,000 sebulan, elaun ranking pemain nombor satu dunia RM15,000 sebulan, elaun program Road To London, bonus kemenangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan pencen RM3,000 sebulan hasil meraih perak di Sukan Olimpik 2008.
  • Jumlah itu juga belum termasuk pendapatan daripada penajaan yang diterimanya dengan kontrak tertinggi daripada Yonex, Maxis, Samsung, Kaspersky, 100plus dan Astro Arena yang membolehkan ‘nilai’ Chong Wei mencecah RM2 juta hingga RM3 juta.
  • Setakat lima kejohanan tahun ini - Grand Prix Master Final, Terbuka Malaysia, Korea, Seluruh England dan Terbuka India - pemain nombor satu dunia itu sudah memungut koleksi hadiah kemenangan hampir RM500,000.

 Lee Chong Wei terkenal sebagai penggemar kereta sport mewah
  Nissan GTR milik Lee Chong Wei

Namun kekayaan Lee Chong Wei itu bukanlah angka yang tepat. Nilai itu hanya dicongak melalui jumlah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) yang dimenangi oleh Lee Chong Wei, tetapi tiada maklumat tepat tentang jumlah penajaan yang diterima oleh beliau.


Nicol David di Tangga Kedua

Ratu skuasy Nicol David pula mengekori di belakang Chong Wei dengan pendapatan lingkungan RM500,000 berdasarkan sembilan kejuaraan yang dimenanginya, termasuk meraih RM160,000 hasil memenangi pingat emas Sukan Asia dan Komanwel.


Dia turut mempunyai penaja - CIMB, Prince, Hotel Equatorial, Gatorade, Asic dan Oakley - yang memberikan pendapatan tambahan kepada pemain nombor satu dunia kelahiran Pulau Pinang itu.

Turut menerima pendapatan tertinggi tahun lalu adalah pemain golf Ben Leong yang mengaut lebih RM300,000 daripada 20 kejohanan Jelajah Asia yang disertainya diikuti Danny Chia hampir RM250,000.

Comments

  1. kalau dah pencen blh jana lagi lebih besar seperti jadi coach jadi duta royalti dan cm2 lagi
    jadi Presiden BAM pown blh

    ReplyDelete
  2. bapak ahh... btw, beli kereta laju pun, kena speed trap, naya juga. hahaa

    ReplyDelete
  3. patutnyer cita2 masa kecik dulu pilih jd atlit..huhu

    ReplyDelete
  4. billy, ada request nih.. nak tgk umah artis2 m'sia..

    ReplyDelete
  5. Peluang untuk menjadi kaya sebagai atlit sukan memang cerah..

    Tetapi kena sentiasa bekerja keras.. Berusaha bersungguh-sunggu.. Dan Jangan sesekali berputus asa..

    Insya Allah.. Boleh jadi kaya raya macam atlet-atlet luar negara..

    Tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei dan datuk Nicol David kerana telah membuktikan bahawa raksyat Malaysia pun boleh melakukannya..

    Entri Terkini Di Blog Saya:
    Aktiviti Makak Dan Mengancau Di Mukah Sarawak
    Domain Laman Web Percuma di Lot.My??

    ReplyDelete
  6. itulah rezeki lau berusaha..

    ReplyDelete
  7. @CikGusi BingbOo i.Allah en Billy akan cuba buat post pasal tue..thanks request..heehee

    ReplyDelete
  8. cute er kereta dia.. nak jugak !! =,=

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri

 Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua. "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”