Hampir 23 juta penonton televisyen Amerika Syarikat (AS) menyaksikan siaran langsung perkahwinan Putera William dan Kate Middleton walaupun siaran itu disiarkan sebelum subuh di negara itu.
Bagaimanapun, menurut agensi Nielsen, data penilaian dikeluarkan kelmarin menunjukkan minat penonton televisyen AS terhadap perkahwinan diraja Britain itu jauh lebih rendah berbanding acara pengebumian Puteri Diana pada 1997.
Nielsen berkata, 22.7 juta penduduk Amerika menyaksikan siaran langsung perkahwinan diraja di 11 rangkaian. Penduduk Amerika berjumlah 310 juta orang.
Jika dibandingkan, 33.2 juta penduduk Amerika menyaksikan acara pengebumian Diana di London pada September 1999. Diana, ibu kepada William terbunuh dalam kemalangan jalan raya pada usia 36 tahun.
Kajian Nielsen tidak merangkumi jutaan penonton yang menyaksikan majlis perkahwinan itu di rangkaian Amerika yang lebih kecil atau online, di mana minat terhadap pasangan itu mengatasi liputan untuk bintang filem dan penyanyi pop sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
E! Online melaporkan, 23.6 juta orang melayari laman web berkenaan bagi menyaksikan siaran langsung perkahwinan diraja itu.
Dianggarkan penonton televisyen global dan online bagi perkahwinan itu mencecah 2.4 bilion orang, lebih satu daripada tiga penduduk dunia jika angka itu tepat.
sumber: berita harian
Comments
Post a Comment