Skip to main content

Kenali Personaliti Melalui Tanda Tangan





Semua orang tahu bahawa apapun yang kita tulis akan menunjukkan karakter kita. Malah pernah ada ungkapan; jika anda minat menulis, ianya seperti membogelkan diri anda sendiri. Tak terkecuali tanda tangan anda. Tak tahulah sama ada info berikut benar-benar tepat. Namun ianya memang benar-benar menarik. Kenali personaliti anda atau rakan anda melalui tandatangan:

 

1. Satu Garis Di Bawah Tanda Tangan 
 
Mempunyai keyakinan yang tinggi dan personaliti yang baik. Namun, bersifat kedekut. Mereka juga percaya kepada kebahagiaan dalam kehidupan manusia.

 

2. Dua Titik Di Bawah Tanda Tangan

Mereka boleh dikatakan berjiwa romantik. Suka bertukar pasangan seperti menukar baju. Memilih orang yang memiliki kecantikan dan mereka sendiri berusaha untuk kelihatan menarik. Mereka ini juga mudah menarik perhatian orang lain.

 

3. Satu Titik Di Bawah Tanda Tangan
 
Lebih cenderung kepada seni klasik serta perkara yang mudah dan tenang. Jika orang lain yang telah hilang kepercayaan kepada anda, anda tidak akan sesekali kembali kepada mereka dan ini menunjukkan mereka seorang yang tetap pendirian.

 

4. Tiada Garis atau Titik Di Bawah Tanda Tangan 
 
Mereka ini lebih suka hidup bersendirian dalam dunia mereka sendiri.Mereka juga jarang mendengar pendapat orang lain. Golongan ini boleh dikategorikan sebagai pencinta alam tetapi mereka juga mempunyai sifat agak kedekut.

 

5. Tiada Persamaan Antara Nama dan Tanda Tangan
 
Maksudnya tanda tangan mereka tidak menunjukkan nama mereka. Golongan ini mencuba untuk kelihatan bergaya, suka menyembunyikan sesuatu. Mereka jarang untuk berterus terang tetapi mereka merupakan pendengar yang baik dan sentiasa memberi perhatian tentang apa yang orang lain sedang katakan.

 

6. Ada Persamaan Antara Nama dan Tanda Tangan 
 
Mereka ini berkeinginan untuk menjadi bijak tetapi mereka jarang berfikir secara mendalam. Mereka ini tidak konsisten, dan selalu menukar idea atau pandangan sendiri seperti angin yang bertiup. Golongan ini jarang berfikir baik buruk tentang sesuatu perkara. Biasanya, orang lain boleh mengambil hati mereka dengan hanya memuji.

 

7. Tanda Tangan dengan Huruf Yang Tidak Bersambung 
 
Mereka ini sangat baik terhadap orang lain. Mempunyai hati yang baik, tidak mementingkan diri dan siap berkorban untuk kepentingan dan kebahagiaan orang yang disayangi. Tetapi apabila terlalu banyak perkara yang mereka fikirkan, mereka akan cepat tersinggung.

 

8. Tanda Tangan yang Lengkap Seperti Nama
 
Mereka sangat baik hati dan dapat menyesuaikan diri dengan sebarang keadaan dan dengan siapa sahaja yang mereka temui. Golongan ini juga sangat teguh pendirian serta pendapat dan memiliki keinginan yang sangat kuat dalam mendapatkan sesuatu.


sumber: http://terselubung.blogspot.com

Comments

  1. klu tandatangan jawi cne ek nk classify? huu

    ReplyDelete
  2. menarik entri ni..tetiba g try sign kat kertas..tapi kalau titik atas sign macam mana??

    Mari Menyumbangkan Sperma....

    ReplyDelete
  3. saya no 1 dan no 5...hahhahhaha!!!~


    ^__^v

    ReplyDelete
  4. cam ne nih?? tandtangan gua dengan satu huruf je. Huruf "J" dgn ade ekor skit [sambil garu2 kepala]

    ReplyDelete
  5. aiseh, knpe orang sekeliling sy smua tndantangan jenis sme je ni... huhuhu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.