Thursday, May 19, 2011

Inilah Pencipta Lagu 'Happy Birthday to You'





Happy birthday to you,
Selamat Hari Jadi,
Zhu Nie Sheng Ri Kuai Le...


Setiap kali menyambut hari lahir, tak kira siapa, lagu Happy Birthday pasti akan dinyanyikan. Walau dinyanyikan dalam pelbagai bahasa dunia, di merata ceruk dunia, namun melodinya tetap sama. Tetapi pernahkah anda terfikir, siapakah penciptanya?

Jom, meh sini nak story...


Inilah Penciptanya:

Name: Patty Smith Hill
Born: 1868-03-27
Birthplace: Anchorage, Kentucky
Died: 1946-05-25
Location of Death: New York City
Remains: Cave Hill Cemetery, Louisville Kentucky
Race: White
Field: Songwriter
Famous for: Happy Birthday to You 


Sejarah Ringkas Lagu Happy Birthday:
  • Lagu ini dicipta oleh dua orang adik-beradik dari Kentucky, USA bernama Patty Smith Hill dan Mildred J Hill pada tahun 1893. Patty adalah seorang pengetua sebuah tadika manakala Mildred pula seorang pemain piano dan komposer.
  • Asal lagu ini bertajuk 'Good Morning To All'. Di bawah ini adalah skor asal muzik lagu tersebut:
  • Lagu 'Good Morning To All' sebenarnya dicipta untuk dinyanyikan oleh anak-anak murid Patty di dalam kelas tadika. Lagu ini telah dimasukkan di dalam buku nyanyian untuk kanak-kanak tadika yang bertajuk 'Stories for the Kindergarten'
  • Hanya pada tahun 1924 barulah 'Happy Birthday to You' dikomersialkan.
  • Namun kerana tune lagu tersebut sangat serupa dengan lagu asal adik-beradik Hill itu, maka seorang lagi adik mereka, Judith telah menyaman ke atas penggunaan lagu ini. Beliau telah berjaya mendapatkan hak cipta lagu tersebut pada 1935.
  • Pada tahun 2008, Warner Music iaitu syarikat pemegang hakcipta lagu ini telah mengutip kira-kira (USD 2 juta setahun) dalam bentuk royalti. Ini termasuklah penggunaan lagu ini di dalam filem, TV, radio dan ditempat-tempat awam untuk persembahan.


source: wikipedia.org, http://www.basicfamouspeople.com



Entri-Entri Berkaitan.....

6 comments:

  1. saengil chukhahamnida
    saengil chukhahamnida
    saengil chukhahamnida
    dangsinui saengireul

    hahha , korean pulak .. huhu

    ReplyDelete
  2. 장거리 후크 경우에는 바다 낚시를 가고 싶지 않아 ....


    Happy birth day to the day....

    ReplyDelete
  3. fuhh.. oo, bru tau asal usulnye.. :)

    ReplyDelete
  4. oooh...die ni...ok..dh tau..huhu

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails