Tuesday, April 26, 2011

Sebab Ape Zip Mempunyai Perkataan 'YKK' ?





Apa kata anda cuba buka zip seluar, baju atau apa-apa saja pakaian yang anda pakai sekarang. Cuba lihat dibelakang kepala zip. Anda pasti akan nampak tulisan 'YKK' di kepala zip tersebut. Nampak tak? Tahu tak apa maksud 'YKK' tu? Kalau dah tau takpela..tapi bagi yang belum tahu, meh en. Billy nak story...


Sila Baca Fakta Ringkas berikut:
  • YKK adalah singkatan kepada Yoshida Kogyo Kabushikikaisha, iaitu sebuah perusahaan membuat zip. 
  •  Pada tahun 1934. Tadao Yoshida mengasaskan syarikat Yoshida Kogyo Kabushikikaisha (atauYoshida Industries Limited).  
  • Syarikat ini kini merupakan pengeluar zip terbesar di dunia, membuat sekitar 90% dari jumlah zip yang ada di dunia melalui lebih daripada 206 kemudahan pengeluaran di 52 buah negara.  
  • Sebenarnya, syarikat YKK tidak hanya membuat zip, malah mereka juga mengeluarkan sendiri mesin untuk membuat zip dan menjualnya kepada perusahaan-perusahaan lain.
  • Kilang mereka yang terbesar terletak di Georgia, membuat lebih dari 7 juta zip sehari. 

Mr Yoshida
Menurut pengasasnya, Mr Yoshida, untuk membolehkan syarikat itu mencapai ke tahap ini, beliau mempraktikkan prinsip "Kitaran Kebaikan", yang ia sebut sebagai "Cycle of Goodness'. Iaitu, "Tidak ada yang mendapat kemakmuran dan kebahagiaan kecuali jika orang itu sendiri menjadikan manfaat bagi orang lain." 

Menggunakan prinsip ini, dia berupaya untuk mencipta zip terbaik di pasaran yang mampu bertahan untuk satu tempoh masa yang panjang dalam produk yang dihasilkan. Hal ini kemudiannya akan menguntungkan pengeluar lain yang menggunakan zip itu dalam produk mereka disamping memberi kepuasan kepada pelanggan. Dan disebabkan hal-hal sebeginilah yang akan menguntungkan syarikat dengan jualan dan pembelian yang berterusan dan berulang, sehingga menyelesaikan "Kitaran Kebaikan".
 
 

Jadi lain kali sekiranya anda membuka zip seluar, baju atau pakaian anda, luangkan masa untuk mengingati Mr Yoshida juga,dan cuba selami falsafah dan prinsip yang menjadi teladannya. Yang baik kita jadikan pedoman...hehe~


sumber: http://www.todayifoundout.com

Entri-Entri Berkaitan.....

9 comments:

  1. bukak zip, ingat Mr Yoshida???erkk...haha

    ReplyDelete
  2. huhuhu... jgn bukak zip depan orang ramai lak... huhuhu

    ReplyDelete
  3. baru taw hehehe.slama ne x perasan ad tulisan ykk

    ReplyDelete
  4. tukang jahit tahu zip ykk yang bermutu...

    ReplyDelete
  5. buat menda yg berkualiti utk tahan lama, pasti akan ada kebaikan dan keuntungan pada jangka masa yg pjg.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails