Skip to main content

Undangan Perkahwinan Putera William Ditolak Oleh Raja Kemboja!




Perkahwinan diantara Putera William dan Kate Middleton tidak dinafikan lagi menjadi salah satu event yang paling ingin dihadiri oleh kebanyakan orang awam di seluruh dunia pada tanggal 29 April, Jumaat ini . Namun dalam banyak-banyak undangan rasmi yang diberikan, ada seorang ini yang sebaliknya menolak untuk hadir di majlis perkahwinan bersejarah ini!


Dilaporkan, undangan perkahwinan Kate dan William yang dinantikan banyak pihak ini telah ditolak oleh Raja Kemboja, Raja Norodom Sihamoni. Para tetamu undangan diharapkan membalas undangan ini untuk memberikan pengesahan akan kehadiran mereka. Sayangnya, Raja Norodom Sihamoni menjadi satu-satunya tetamu yang tidak membalas undangan rasmi ini.

Seperti yang dipetik dari akhbar The Sun, ratusan tetamu kehormat telah memberikan pengesahan untuk hadir ke upacara pernikahan bersejarah ini. Perkahwinan antara William dan Kate ini juga disebut-sebut sebagai acara terbesar dalam tempoh 30 tahun terakhir.

Dilaporkan seramai 388 kenalan rapat pasangan ini sudah diundang untuk menghadiri acara ini, termasuk pasangan David dan Victoria Beckham, bintang MR BEAN, Rowan Atkinson, penyampai TV Ben Fogle, dan sutradara filem ternama Guy Ritchie. Chelsy Davy, yang disebut-sebut sebagai kekasih Putera Harry juga dilaporkan sudah memberikan pengesahan kehadirannya.

Comments

  1. Dia tak dapat datang, sebab sibuk nak tengok Maharaja Lawak la tu.

    ReplyDelete
  2. orang ke-2 yang menolak undangan ini adalah aku, sebab memang takde kena mengena... (tak malu!!!)

    ReplyDelete
  3. @bksempoi haha, tau takpa xde kena mengena :(

    ReplyDelete
  4. adoiii..drpd raja kemboja tolak undangan tu, baek die suruh aku je wakil kan die, kan bagus...haha~

    ReplyDelete
  5. orang Malaysia x ada yg dpt jemputan ke..haha

    ReplyDelete
  6. @Wyna Nubies yg Dipertuan Agong maybe pegi...my pak cik who work with sultan kedah said, sultan kedah merajuk sb kerabat Britain tak jemput baginda, sedangkan diorg cm close fren gak la..n disebabkan kecewa, sultan kedah skrg g bercuti di australia

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.