Skip to main content

Sindrom Berbahaya Akibat Ketagih Main Facebook Kini Melanda




Satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Stony Brook di New York mendapati golongan remaja berasa lebih bimbang jika tidak menghabiskan masa di laman rangkaian sosial, Facebook berbanding melakukan kerja sekolah.


Menurut para penyelidik dalam isu terbaru jurnal Pediatrics, keadaan itu digelar kemurungan Facebook. Ia berpunca selepas remaja menghabiskan banyak masa di laman maya walaupun diberi kerja rumah oleh guru di sekolah.

Penyelidikan itu mendapati, Facebook tidak memaparkan realiti sebenar kerana orang ramai pada kebiasaan akan menghantar status atau gambar tentang diri dengan menunjukkan kehebatan diri masing-masing. Seorang remaja berusia 16 tahun, Abby Abolt bersetuju dengan keputusan hasil kajian tersebut.

"Jika kamu tidak memiliki ramai kawan dan kurang melakukan aktiviti dalam kehidupan seharian sebaliknya melihat status pengguna lain dikemas kini, saya dapat memahami kenapa mereka (pengguna Facebook) berasa sedih.

"Facebook umpama pertandingan popular tentang siapa yang mendapat permintaan kawan paling ramai," jelasnya kepada agensi berita Associated Press.


Kajian itu yang diketuai oleh Dr. Joanne Davila dari Universiti Stony Brook mendapati, penghantaran mesej, e-mel dan waktu yang banyak dihabiskan di Facebook boleh menyebabkan emosi remaja terganggu.

Comments

  1. facebook mmg da boring.. sbb ade org online je baru best, klu x.. haha~ mcm ape

    ReplyDelete
  2. fb skrg (Mac 2011) byk kuar iklan x senonoh n byk pula spam...

    ReplyDelete
  3. haha.. sy stuju sgt ttg entry ni.. *berdasarkan pengalaman sendiri*

    fb adlh punca utama sy x ciap omwork.. hihihi

    ReplyDelete
  4. hidup aku lak terasa kosong tanpa fb

    huhu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif.

1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.


Saiz Zakar Lelaki Mengikut Negara (Malaysia di tempat ke-106)

Salah satu faktoryang agakdominandalam menentukan saizzakarnormaladalah faktorgenetik.Ini adalah satu faktorpentingyang mestiberbeza dari setiapbangsa,keturunan,dan negarasecara keseluruhannya.

Cara Membuat Simbol dan Emoticon Menggunakan Keyboard

Jika anda seorang keyboard warrior, ini ada beberapa trick menarik untuk memantapkan skill anda:

Cara-caranya: Find Alt code.