Skip to main content

Setem Khas Perkahwinan Putera William dan Kate Cetus Kontroversi




Negara Pasifik Niue mempertahankan setem 'luar biasa' pasangan diraja Putera William dan Kate Middleton yang didakwa menarik perhatian seluruh dunia kerana meletakkan garisan memisahkan William daripada bakal isterinya itu.

Setem ini diluluskan Ratu Elizabeth II dan garisan itu menjadi penanda membolehkannya dikoyakkan.

Setem pasangan terbabit dijual pada harga NZ$5.80 (RM13.60) tetapi apabila dipisahkan putera terbabit ia bernilai NZ$3.40 (RM8) manakala Middleton lebih murah, NZ$2.40 (RM5.70).

Perdana Menteri Niue, Toke Talagi mendedahkan beliau menerima banyak maklum balas dari seluruh dunia sejak setem terbabit dikeluarkan bulan lalu dan ramai mengatakan bahawa setem terbabit ‘luar biasa’.

“Orang ramai menyifatkan bahawa setem oleh pejabat pos New Zealand itu bermaksud pasangan itu akan berpisah di masa depan. Saya tidak tahu mengapa mereka mentafsirkan begitu. Saya rasa, ia bermaksud mereka amat gembira meraikan perkahwinan diraja.” kata Talagi.

Talagi juga percaya, setem itu boleh meningkatkan pelancongan negara itu yang mempunyai keluasan 260 kilometer persegi di selatan Pasifik dan hanya 1,400 penduduk.


“Saya sudah membuat jangkaan bahawa pada masa depan ramai orang yang datang ke sini untuk melihat tempat setem itu dikeluarkan,” katanya.


Pos New Zealand mendedahkan dalam laman web bahawa ‘setem berkenaan merakamkan pasangan diraja dalam keadaan mereka, gembira, tenang dan saling mencintai.’

Pengurus besar unit setem pos, Ivor Masters memberitahu berita TV3 New Zealand, setem itu adalah barangan koleksi dan ia tidak akan dikoyakkan di bahagian tengah untuk diposkan.

sumber: berita harian

Comments

  1. adoiii..fanatik smai buat setem??aku kawen nanti tolong buat banner besaq2 kat tepi highway okeh...=.="

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.