Skip to main content

Populariti Kate Bakal Tenggelamkan Kehebatan Puteri Diana





Dengan tempoh hanya sehari lagi sebelum bergelar isteri kepada Putera William, populariti Kate Middleton terus memuncak. 


Kate, 29, disebut-sebuh bakal mengambil alih populariti ibu William, Puteri Diana, sebagai wanita paling disebut-sebut di seluruh dunia.

Kate dan William akan dikahwinkan di Westminster Abbey pada Jumaat, 29 April ini. Kajian mendapati, nilai berita Kate kini hampir menyamai apa dilalui Diana satu ketika dulu.

Pegawai Global Language Monitor di Texas, Paul JJ Payack, berkata pada bila-bila masa Kate akan mengetepikan populariti Diana sebagai bintang media di kalangan keluarga diraja Britain.


“Malah, Kate menjadi tumpuan dalam Internet, media sosial dan media cetak serta elektronik global menjelang liputan mengenai perkahwinannya,” katanya.

Payack berkata, nama Diana disebut dalam ratusan ribu berita di dunia walaupun kematiannya pada 1997 berlaku sebelum wujud Google serta rangkaian sosial.

Kajian itu membandingkan Kate dengan Diana, Ratu Elizabeth, Putera Charles, William, Putera Harry dan Camilla Parker Bowles.

sumber: harian metro

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.