Skip to main content

Pelajar Sekolah Tak Boleh Tutup Mulut Selepas Menguap




Itulah padahnya menguap lagi dalam kelas! Hehe.

Sebanyak 26 batang kayu kecil dimasukkan ke dalam mulut Holly Thompson.

Seorang remaja perempuan berumur 17 tahun, Holly Thompson tidak dapat menutup mulut selepas dia menguap semasa berada di dalam kelas di Sekolah Perempuan Northampton di Kingsthorpe, England.

Dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini, dia meminta seorang rakan menutup mulutnya tetapi apa yang berlaku ialah dia berasa sakit semasa percubaan itu dilakukan.

Holly kemudian dihantar menemui seorang jururawat sekolah tetapi dia gagal untuk menutup mulutnya walaupun air panas dan ketul ais diletakkan di bawah dagunya.

Dia kemudian dihantar ke Hospital Besar Northampton dan rahangnya terkatup semula selepas 26 batang kayu kecil mirip batang aiskrim dimasukkan ke dalam mulutnya.

Dr. Ejiro Obakponovwe memasukkan batang kayu itu yang diikat dengan pita pelekat dengan tujuan untuk menjadikan rahang Holly menjadi letih kerana gigi Holly menggigitnya buat seketika.

Doktor wanita itu menarik perlahan-lahan batang kayu tersebut sebelum dia memegang kedua-dua pipi pelajar tersebut dan menutup mulut Holly.Pelajar itu kemudian dapat menutup semula mulutnya tanpa berasa sakit.

sumber: kosmo

Comments

  1. haha...msti nmpak cm bdoh gile kn..
    haha

    ReplyDelete
  2. tu pasal jgn menguap besar sangt. tulang rahang boleh tergalih.. kadang2 tu beringat jugak :)

    ReplyDelete
  3. @mr. neezam hehe..betol3. peringatan itu indah :)

    ReplyDelete
  4. hee... sbb tu menguap kene tutup mulut.. tahan sikit dri mulut tu besar sgt, kan da kene .. ish2

    ReplyDelete
  5. bapak aku penah jadik macam ni, bawak g bius kat hospital baru boleh katup. hahaha, so funny

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Saiz Zakar Lelaki Mengikut Negara (Malaysia di tempat ke-106)

Salah satu faktor yang agak dominan dalam menentukan saiz zakar normal adalah faktor genetik. Ini adalah satu faktor penting yang mesti berbeza dari setiap bangsa, keturunan, dan negara secara keseluruhannya.  

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.