Thursday, April 28, 2011

Komputer Tablet Pertama Daripada SONY, Bakal Cabar iPad Keluaran Apple



Gergasi elektronik dan peralatan hiburan Jepun, Sony Corp menampilkan komputer tablet pertamanya dengan kod nama S1 dan S2, dalam satu langkah untuk memberi cabaran langsung kepada iPad keluaran Apple.
‘Sony Tablet’ S1 mempunyai skrin tunggal dan ia bagi kegunaan rumah manakala tablet S2 yang bersifat mudah alih pula mempunyai dua skrin, kata Sony dalam satu sidang akhbar di Tokyo.

Tablet itu mempunyai akses kepada isi kandungan dalam talian bagi tujuan membeli dan memuat turun video, muzik dan fail hiburan lain serta boleh disesuaikan untuk permainan video sedia ada Playstation, kata pegawainya, Kunimasa Suzuki.

Buku digital juga boleh dimuat turun dan dibaca menggunakan komputer multimedia itu yang dilengkapkan dengan kemudahan Wi-Fi dan 3G/4G bagi mendapatkan akses Internet serta e-mel.


Ciri-ciri menarik Sony S1:
  • S1 mempunyai skrin seluas 24 sentimeter dengan kamera depan dan belakang.
  • Boleh digunakan sebagai alat kawalan universal untuk mengendalikan peralatan audio visual atau menghantar isi kandungan ke skrin televisyen dan muzik ke pembesar suara tanpa wayar. 
 
 
 
 
 


 Ciri-ciri menarik Sony S2:
  • S2 boleh dilipat, mempunyai skrin sesentuh warna berkembar 5.5 inci serta boleh dimuatkan dalam poket. 
  • Kedua-dua skrin boleh digunakan bersama sebagai satu skrin besar tunggal atau untuk memainkan permainan video menggunakan butang kawalan yang dipaparkan. 
  • Reka bentuknya sesuai untuk membaca buku digital yang kandungannya dipaparkan pada skrin berbentuk dua muka sebelah menyebelah

 
 
 

source: http://www.techradar.com

Entri-Entri Berkaitan.....

5 comments:

  1. fuhhh.. semat... bile mau masuk mesia...

    ReplyDelete
  2. terbaik produk terbaru sony ni.tak sabar nak tgk dan beli! :)

    ReplyDelete
  3. woah...skang ni mmg zaman tablet agaknya...

    ReplyDelete
  4. @nawaitoo

    sekarang akhir zaman...kihkihkih..jgn marah bro...selamat hari raya

    ReplyDelete
  5. aku dah standby duit ni nk beli

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails