Skip to main content

Kalau Malaysia Ada Cikgu Syida, Indonesia Pula Ada Lelaki Ini; Norman Kamaru





Sejak tiga minggu lalu, entah apa sihir yang telah merasuk dalam jiwa seluruh rakyat Indonesia sehingga mengangkat seorang pegawai polis yang dikenali sebagai Norman Kamaru sebagai hero.




Jadi Fenomena di Indonesia

Popularitinya naik mencanak gara-gara sebuah klip video menunjukkan aksi dia menari sambil menyanyi secara gerak bibir (miming) lagu Hindi, Chaiyya Chaiyya (yang dipopularkan oleh ikon Bollywood, Shah Rukh Khan) lengkap dengan pakaian seragam polis.

Biar sekadar miming namun kelancarannya menyanyikan lirik lagu tersebut yang disiarkan secara meluas di laman YouTube secara tiba-tiba membuatkan fokus masyarakat di negara ini tertumpu kepadanya.

Norman yang berusia 26 tahun menjadi fenomena dalam sekelip mata. Semua stesen televisyen mengundangnya untuk ditemubual dalam pelbagai program hiburan baik secara langsung mahupun dibuat rakaman awal.


Sebelum terkenal di mata masyarakat, dia anggota pasukan keamanan yang bertugas di Gorontalo. Norman juga telah membawa kemasyhuran yang bukan sedikit kepada daerah Gorontalo yang selama ini tidak dikenali ramai.


Kehidupan Berubah

Tuah dan nasib badan orang siapa yang tahu. Hidupnya kini berubah secara total. Ke mana saja dia pergi, ramai yang akan peduli - mahu merakamkan foto bersamanya atau meminta autograf. Kalau sebelum ini, kerjayanya sebagai pegawai polis tidak dipedulikan, tetapi dia kini adalah penghibur Gred A di mata masyarakat Indonesia.


Pengaruh filem Hindi dalam diri Norman sangat kuat. Dia merupakan peminat fanatik karya-karya Bollywood dan seperti dilaporkan media, Norman memiliki 65 keping video cakera padat lagu-lagu Hindi yang dikumpul sejak sekolah lagi. Bermula dengan pengedaran klip videonya menerusi telefon bimbit, di kalangan anggota polis di Gorontalo, video berkenaan kemudiannya tersebar meluas di YouTube.

Apa yang harus diketahui juga, sehingga pukul 5.30 hari Jumaat, 8 Mac lalu, video Norman telah dimuat turun melebihi sejuta tontonan (jumlah tepat ialah 1,035,359 kali). Jumlah itu jauh meninggalkan versi asal nyanyian Shah Rukh Khan yang hanya dimuat turun sebanyak 113,016 kali.


 Saksikan video Norman Kamaru di bawah ini



sumber: utusan malaysia

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri

 Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua. "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”