Perkahwinan Diraja diantara Putera William dan Kate Middleton adalah peristiwa besar yang dinanti-nanti oleh masyarakat dunia. Jutaan mata ingin menyaksikan perkahwinan terhebat di abad ini. Walaupun masih terdapat beberapa hari lagi sebelum majlis bersejarah itu berlangsung, pelbagai pihak nampaknya tidak jemu-jemu membuat berbagai andaian dan jangkaan hal berkaitan majlis itu. Ini termasuklah aturcara rundown majlis perkahwinan itu mulai kedua-kedua mempelai memasuki Westminster Abbey hingga ke majlis resepsi di Buckingham Palace pada 29 April 2011.
Berikut adalah aturcara majlis itu seperti yang dikeluarkan oleh akhbar Telegraph.co.uk:
Antara pukul 08:15 dan 09:45
Sekitar 1900 tetamu akan tiba lebih awal di pintu utara Westminster Abbey.
Pukul 09:50
Garbenor Jeneral, Perdana Menteri dan ahli-ahli diplomatik serta tetamu VIP yang lainnya tiba di Westminster Abbey.
Pukul 10:10
Putera William dan pengiring pengantin lelaki, Putera Harry meninggalkan Clarence House di Bentley menuju ke Westminster Abbey.
Pukul 10:20
Anggota keluarga Diraja tiba di Westminster Abbey dari Buckingham Palace. Pada waktu yang sama, ibu Kate Middleton, Carole Middleton dan adiknya, James Middleton meninggalkan Hotel Goring menuju ke Abbey. Mereka dijangka tiba di Abbey pada pukul 10:27.
Pukul 10:25
Anggota keluarga Diraja lainnya meninggalkan Buckingham Palace menuju Abbey.
Pukul 10:35
Sejumlah ahli keluarga Diraja seperti Duke of York, Puteri Beatrice, Puteri Eugenie, Earl dan Countess of Wessex, Princess Royal dan Vice Admiral Timothy Laurence, menuju Abbey dari Buckingham Palace.
Pukul 10:38
Putera Wales dan Duchess of Cornwall meninggalkan Clarence House menuju Abbey.
Pukul 10:40
Ratu dan Duke of Edinburgh meninggalkan Buckingham Palace, dan tiba di Abbey lima menit kemudian.
Pukul 10:48
Pengiring pengantin perempuan meninggalkan Hotel Goring, tiba di Abbey pada 10:55.
Pukul 10:51
Kate Middleton, didampingi ayahnya Michael Middleton meninggalkan Hotel Goring ke Westminster Abbey menggunakan Rolls Royce.
Pukul 11:00
Majlis perkahwinan dimulai, dan ditayangkan melalui pembesar suara dan layar lebar di Hyde Park dan Trafalgar Square.
Pukul 12:15
Perarakan pengantin dari Gereja Westminster Abbey menuju tempat resepsi di Buckingham Palace. Kedua mempelai akan menggunakan kereta kuda State Landau 1902.
Pukul 12:30
Kedua mempelai tiba di Buckingham Palace.
Pukul 12:40
Para tetamu mulai tiba di Buckingham Palace.
Pukul 13:25
Ratu, pasangan pengantin, bersama-sama dengan seluruh anggota keluarga muncul di balkoni istana.
Pukul 13:30
Pertunjukkan angkatan tentera udara Diraja.
sumber: telegraph.co.uk
u know what? m anticipating this kind of post! THANKS A LOT! :)
ReplyDeleteawesome :)
ReplyDeletewahh..tetamu yg dtg pkul 8 tu yg kesian.kna tggu smpai pkul 11...apa2 pun..mmg grand la~
ReplyDelete@farah booboo welkam ;p
ReplyDeletecongrate'z to william & kate.... may god bless u 2.....
ReplyDelete