Saturday, April 9, 2011

Hanya 5 Langkah Diperlukan Bagi Menghasilkan Telur Tiruan


Telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia yang dikhuatiri boleh menjejaskan kesihatan manusia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan. kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya.

Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain. Pada amnya, bahan-bahan ini adalah bahan penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama. Oleh itu, telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tiada langsung khasiat berbanding telur sebenar.


Bahan-bahan:
calcium carbonate, starch, resin, gelatin, alum, lilin parafin, serbuk gypsum, atrium alginat,  asid benzoik, kalsium klorida  dan lain-lain lagi bahan kimia yang diperlukan (seperti gambar di bawah).


Cara Penghasilan Telur Tiruan:

1) Bahan telur kuning diisi kedalam 2/3 bahan acuan bersama-sama calsium chlorida, dan pewarna. Dengan menambah pigmen kuning, ia akan menjadi kuning telur.



2) Cecair “telur kuning” dimasukkan pada cetakan bulat.



3) Kuning telur dituang dan di biarkan kering sedikit sehingga lapisan luar kuning telur terbentuk sebelum melalui proses seterusnya.



4) Ia kemudian direndam dalam cecair parafin wax untuk membentuk selaput luar telur kuning.Lapisan luar diselaputi juga dengan calcium carbonate. Proses ini diulang beberapa kali sehingga lapisan luar terbentuk dan menebal.

 

5) Telur dibiarkan kering dan kulit telur akan terbentuk.



 Siap!


sumber: utusan malaysia, http://ezany-kun.co, http://wowberita.co, http://www.2dayblogger.com

Entri-Entri Berkaitan.....

3 comments:

  1. telur pun boleh dipalsukan. macam2

    Miss Dill^^

    ReplyDelete
  2. kalau setakat tak berkhasiat ok lagi. ni membahayakan kesihatan.

    ReplyDelete
  3. makan telor ni..sure kentutu tak berbau..hua3..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails