Skip to main content

Gadis Muslim Pertama Dari Turki Berbogel Untuk Majalah Playboy




Selama ini, seorang gadis berusia 25 tahun berketurunan Turki yang menetap di Berlin, Sila Sahin menjadi contoh teladan tentang kelakuan baik wanita Islam moden dalam masyarakat berbilang budaya di Jerman.


Dia yang merupakan seorang aktres yang membintangi drama telenovela Jerman, Bad Times disenangi ramai peminatnya dan membuatkan keluarganya berasa bangga. Namun, langkah terbarunya mengejutkan para peminatnya dan turut menyebabkan mereka yang rapat dengannya naik berang.

Beraksi berahi untuk kulit majalah Playboy Jerman dengan satu payu daranya terdedah, Sila sengaja mahu menyampaikan mesej yang jelas kepada keluarganya yang mengamalkan cara hidup Islam.

"Saya berbogel untuk Playboy kerana saya mahu bebas. Gambar-gambar ini merupakan bukti kebebasan saya daripada semua halangan yang terpaksa diikuti semasa zaman kanak-kanak saya," " kata Sila.

Keluarganya, bagaimanapun, tidak dapat menerima perbuatan Sila dengan ibunya bertindak memutuskan perhubungan dengan aktres berkenaan.


"Ibu saya masih marah. Ia lebih sukar dengan datuk dan nenek saya, serta ibu dan bapa saudara saya," kata wanita jelita itu di laman web siri televisyen berkenaan.

Dia bagaimanapun, berjaya bercakap dengan ayahnya yang juga seorang pelakon. Ayah Sila bimbang anak gadisnya akan dibenci bukan sahaja oleh masyarakat Turki di Jerman, tetapi oleh seluruh umat Islam akibat tindakannya.

Sila berkata, dia berbogel untuk majalah Playboy bagi menyeru wanita-wanita Islam yang selama ini hidup terkongkong dan tidak dibenarkan membuat pilihan, termasuk dalam menentukan calon suami serta keperawanan mereka, supaya bangkit untuk bersuara dan bertindak.

Tindakan Sila menjadikannya sebagai wanita Turki pertama yang berbogel untuk Playboy. Dia bagaimanapun kesal dengan tindakan keluarganya yang menyisihkan dirinya kerana isu tersebut.


Dalam satu wawancara, Sila merayu keluarganya supaya memahami punca dia membuat keputusan untuk bergambar tanpa seurat benang itu. Aktres berkenaan turut merayu keluarganya supaya memaafkan dirinya.

"Saya berharap mereka (keluarganya) dapat memaafkan saya," kata Sila."Tolonglah terima saya semula," tambahnya.

sumber: kosmo

Comments

  1. dh buat salah nk mintak maaf mcm tu je.apa perasaan mak bapak sedara.

    ReplyDelete
  2. muka cantik.. badan solid.. akai tadak! :(
    sayangnyaaa

    ReplyDelete
  3. cetek tul agama die...jd selama ne die anggap diri die dikongkong lah kan dgn ajaran agama Islam..

    ReplyDelete
  4. dia ingat bila dok dedah2.. canti lah tuh.. hehehehe...

    ReplyDelete
  5. haizz..haruslah family dier mara mende x senonoh..kalo pn nk buktikan perempuan jg ade kebebasan untuk membuat keputusan tp itu bukan caranya malah menebalkan lg tanggapan buruk masyarakat terhadap perempuan x reti jaga diri..sengal tul la harap muke jer cantik da tu jatuhkan martabat islam plak tu..

    ReplyDelete
  6. eishh . bodoh punye pompuan . x_x

    ReplyDelete
  7. de nk bebas? ush.. klu xmau islam jgn amek yg de ske je.. buat malu...

    ReplyDelete
  8. iman senipis kulit bawang kan. takut2 dia dah kluar dari islam.depan gmbr tu jelas ade segelas 'air'. tak taw air apa. Takut2 dia dah di suap ngn org kafir laknatullah.cara nak menjatuhkan maruah islam. kita tak taw kan. jauhkanlah dari kite semua.

    ReplyDelete
  9. jangan menghalalkan sesuatu yang memang haram.. bebas kat dunia.. kat akhirat? nauzubillah..

    ReplyDelete
  10. I'm not sure "Sila Sahin" what is religion, if he was muslim why he was willing to strip naked. whether money is more important than self-respect as a muslim. Islam does not teach to be successful with dignity abandon religion.

    ReplyDelete
  11. bngok torg..pa ka..sm jak semua ya..lak mdh alim glak,pduhal ny nok polah.. mala jak nindis agama owg ln. kinek tok nanga la kdiri.. klaka lbh2 eksen. at least ibh la mmburukn agma owg ln.

    ReplyDelete
  12. klau nk bergambar cm uh,lbh baik kluar dri agma islam..klakuan dy uh seolh2 mperendahkn agma islam!!

    ReplyDelete
  13. manjatuhkan maruah Islam!
    mencanang2kan seluruh dunia seolah2 agama islam ni menganiayai penganutnya...

    ReplyDelete
  14. didikan agama dah betul tapi dia tak dapat nilai sebenar apa yg dididik oleh ibu bapa dia..... kesian sbb dia tak nmpak nilai didikan itu..... dia lebih memilih kebebasan dunia dari kebebasan akhirat....

    bagusla keluarga dia putus hubungan dgn dia.... nak kurung dlm bilik x boleh sbb undang2 barat... itu je caranya...

    dan lagi satu, tak elok untuk berkata lebih baik keluar islam dari buat begitu.... berbogel berdosa tp still Allah boleh maafkan klu diizinkan tp keluar islam selama2nya penghuni neraka paling dahsyat...neraka ke7....

    ReplyDelete
  15. idea2 kebebasan ini terkandung dalam demokrasi;
    1. kebebasan bersuara
    2. kebebasan berpemilikan
    3. kebebasan beragama
    4. kebebasan bertingkahlaki

    katakan tidak kepada DEMOKRASI!

    ReplyDelete
  16. speechless....slh keluarga y tdk mndidik dgn betol dr kecil atau slh diri sndri...jawpanyer.. DIE R Y CETEK AGAMA da besar pjg so, pikir sndri lah huuuhhh............sbg seorg wanita muslim sy saangaaatt MALU di ats tindakan org ini!! =(

    ReplyDelete
  17. lol~~ die bkn islam lol~~

    ReplyDelete
  18. wanita yang berbogel secara terus lebih mulia dari wanita remaja sekarang yang rasanya ISLAM memakai baju sendat menampakkan BUAHnya walhal berpakai tudung dengan seluar menampak lurah rahsianya. Patutkan wanita remaja ini bersuara sedangkan dia lebih dari kerja2 orang berbogel di majalah!

    ReplyDelete
  19. masaalah dia biul 1 hal.....maasalah si biul ni dia mgajak org lain pulak buat perkara yg dilaknat

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.