Analisis Forbes yang membabitkan penilaian hadiah kemenangan, tajaan, bayaran persembahan dan pameran bagi 10 atlit teratas ranking terkaya itu , didominasi pemain tenis, tiga pemain golf dan masing-masing seorang sukan permotoran dan sukan luncur ais.
1. MARIA SHARAPOVA
Usia: 23 tahun
Asal: Rusia
Sukan: Tenis
Pendapatan 2010: RM 73.5 juta
Sukan: Tenis
Pendapatan 2010: RM 73.5 juta
Sharapova yang kini menduduki tangga ke-13 ranking dunia sejak kembali beraksi daripada kecederaan dan tanpa sebarang gelaran selepas kali terakhir menang di Strasbourg Mei tahun lalu, dilapor meraih pendapatan AS$24.5 juta (RM73.6 juta). Di sebalik kemarau gelaran dan kemerosotan jumlah hadiah kemenangan, pemain 23 tahun yang bertunang dengan pemain bola keranjang Lakers, Sasha Vujacic itu menjana pendapatan tertinggi menerusi kontrak bersama Nike, termasuk kontrak lanjutan lapan tahun yang membabitkan nilai AS$70 juta (RM210 juta).
2. SERENA WILLIAMS
Usia: 29 tahun
Asal: Amerika Syarikat
Sukan: Tenis
Pendapatan 2010: RM 60 juta
Sukan: Tenis
Pendapatan 2010: RM 60 juta
Mengekori Sharapova di tangga kedua adalah bekas pemain nombor satu, Serena Williams yang menerima AS$20.2 juta (RM60.7 juta) tahun lalu dengan perolehan tertinggi daripada hadiah kemenangan hampir AS$20 juta (RM60.1 juta).
3. VENUS WILLIAMS
Usia: 30 tahun
Asal: Amerika Syarikat
Sukan: Tenis
Pendapatan 2010: RM 46.2 juta
Sukan: Tenis
Pendapatan 2010: RM 46.2 juta
Pada masa sama, kakak Serena, Venus - yang menduduki senarai ketiga dengan jumlah AS$15.4 juta (RM46.28 juta) - disenarai sebagai antara pemilik pasukan Miami Dolphins yang turut menyumbang kepada peningkatan pendapatan dua beradik itu.
4. DANICA PATRICK
Usia: 29 tahun
Asal: Amerika Syarikat
Sukan: Lumba Kereta
Pendapatan: RM 36 juta
Sukan: Lumba Kereta
Pendapatan: RM 36 juta
Wajah dan penampilan menarik menjadi bonus pemandu kereta lumba IndyCar, Danica Patrick yang menduduki tangga keempat hasil perolehan AS$12 juta (RM36 juta) tahun lalu, terutama kekerapannya muncul di muka depan majalah.
5. KIM YU NA
Usia: 20 tahun
Asal: Korea Selatan
Sukan: Luncur Ais
Pendapatan: RM 29.1 juta
Sukan: Luncur Ais
Pendapatan: RM 29.1 juta
Selain Patrick yang memecah dominasi tenis, pemenang pingat emas luncur ais Olimpik Musim Sejuk 2010, Kim Yu Na mencipta nama sebagai Olimpian dan atlit Asia yang tersenarai dalam kelompok 10 teratas, dengan AS$9.7 juta (RM29.15 juta) menerusi tajaan Hyundai, Nike dan Samsung.
6.ANNIKA SORENSTAM
Usia: 40 tahun
Asal: Sweden
Sukan: Golf
Pendapatan: RM 24 juta
Sukan: Golf
Pendapatan: RM 24 juta
Berada di kedudukan keenam adalah pemain golf, Annika Sorenstam yang dilaporkan memulakan projek Wente Vineyards dengan merekodkan pendapatan AS$8 juta (RM24 juta) tahun lalu.
7.ANA IVANOVIC
Usia: 23 tahun
Asal: Serbia
Sukan: Tenis
Pendapatan 2010: RM 21.6 juta
Sukan: Tenis
Pendapatan 2010: RM 21.6 juta
Pengumuman perjanjian sepanjang hayat dengan Adidas pada Februari 2010 turut melonjakkan pendapatan bekas pemain tenis nombor satu, Ana Ivanovic yang meraih AS$7.2 juta (RM21.6 juta) di sebalik aksi kurang bermaya selepas muncul juara Terbuka Perancis 2008.
8.JELENA JANKOVIC
Usia: 26 tahun
Asal: Serbia
Sukan: Tenis
Pendapatan 2010: RM 15.9 juta
Sukan: Tenis
Pendapatan 2010: RM 15.9 juta
Mengekori Ivanojic adalah seterus dan rakan senegara Serbia, Jelena Jankovic yang mengumpul AS$5.3 juta (RM15.9 juta) terutama selepas mengikat kontrak dengan pengeluar pakaian dan kasut sukan China, Anta, pada tahun lalu.
9.PAULA CREAMER
Usia: 24 tahun
Asal: Amerika Syarikat
Sukan: Golf
Pendapatan 2010: RM 15.6 juta
Sukan: Golf
Pendapatan 2010: RM 15.6 juta
Bintang muda golf, Paula Creamer juga menyaksikan pendapatannya melonjak kepada AS$5.2 juta (RM15.6 juta) dengan sebahagian besar hasil kemenangan pada Terbuka Amerika Syarikat - kejohanan keempat disertai selepas rehat kerana kecederaan ibu jari - dengan membawa pulang AS$7.7 juta (23.14 juta).
10. LORENA OCHOA
Usia: 29 tahun
Asal: Mexico
Sukan: Golf
Pendapatan 2010: RM 15 juta
Sukan: Golf
Pendapatan 2010: RM 15 juta
Persaraan bekas pemain golf nombor satu Jelajah LPGA, Lorena Ochoa, daripada saingan profesional pada April tahun lalu, tidak menjejaskan pendapatannya yang direkodkan sebanyak AS$5 juta (RM15 juta).
sumber: forbes, berita harian
fuhhh.. cecantik sume.... duit byk.. hah~
ReplyDeletetenis dn golf jerw yg mendominasi..permainan utk org kaya2 jer..hehehe teringat statement tu bile dina nak ambik sukan golf dlm kokum d kampus
ReplyDelete