Skip to main content

The World Dubai Terbiar dan Terhakis




Dulu-dulu en Billy pernah bercita-cita nak beli sebuah pulau kat sini..nak beli dengan duit kertas Jutaria tu haha. Tapi tu dulu la, sekarang ni gugusan pulau buatan manusia digelar The World di perairan Dubai, didakwa kini terbiar dan semakin terhakis. Biar betol?


Info selanjutnya:

Bagaimanapun, pemaju projek itu, Nakheel menegaskan dakwaan yang dibuat sebuah mahkamah tentang keadaan 300 buah pulau itu tidak benar sama sekali sebaliknya pulau-pulau tersebut masih stabil.

"Tiada isu tentang kestabilan pulau-pulau di The World yang yang lebih kurang 70 peratus daripadanya telah dijual dan diserahkan kepada pemiliknya. Pembeli pulau itu berhak meneruskan pembangunan yang telah dirancang," ujar jurucakap Nakheel menangkis dakwaan itu.


Pulau-pulau yang kebanyakannya dimiliki individu kaya dari pelbagai negara yang hanya boleh dimasuki menggunakan bot atau helikopter itu, merupakan satu daripada projek mega negara Teluk tersebut.


Pemilik-pemilik pulau terlibat telah mengumumkan beberapa perancangan untuk membangunkan pulau mereka, tetapi kerja-kerja itu masih belum berjalan sepenuhnya.

Syarikat yang diberi kontrak menyediakan sokongan logistik kepada The World, Perkhidmatan Bot Penguin Marine, memfailkan tuntutan kepada sebuah tribunal mendakwa pemaju pihak ketiga tidak diberi galakan membangunkan pulau mereka selain berhadapan masalah hakisan.

Mengikut kontrak Penguin Marine, syarikat itu perlu membayar lesen bernilai 5 juta dirham (RM4.2 juta) setahun untuk beroperasi, tetapi gagal berbuat demikian selepas pembangunan di The World tidak berjalan.

Peguam Penguin Marine, Richard Wilmot-Smith, dipetik media tempatan sebagai berkata kepada tribunal bahawa pulau-pulau itu kelihatan semakin tenggelam. Nakheel menolak dakwaan itu dengan mengatakan ia merupakan kenyataan yang mengelirukan dan berniat jahat.


Lagi gambar-gambar menarik The World:


sumber: http://www.pbase.com

Comments

  1. punya banyak pulau tu. ish3.. mesti banyak pasir yg digunakan tu..

    Labuan oh Labuan Part 2

    ReplyDelete
  2. pulau saja dah berjuta harganya, kos nk buat mahligai belum kira lagi...siapa org kita yang dah beli pulau tu?

    ReplyDelete
  3. @bksempoi ada ker org msia yg kaya gilaaa nk beli pulau tu?

    ReplyDelete
  4. memg xlame lah pulau tu..tgk daratan pon cem pelik je

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.