Bakal memasuki pasaran pada bulan hadapan.
Info Ringkas:
- Unisikal (basikal satu tayar) elektrik yang terkecil di dunia ini dicipta oleh seorang pereka Amerika Syarikat, Shane Chen.
- Kenderaan satu tayar itu yang dinamakan Solowheel, sesuai untuk kegunaan harian atau riadah dan ia boleh dilipat supaya mudah dibawa ke mana sahaja.
- Ia cuma seberat 9 kilogram dan pengguna tidak perlu merantainya seperti basikal.
- Solowheel dijana motor elektrik berkuasa 1,000 watt dan memiliki kelajuan maksimum 20 kilometer sejam.
- Ia boleh bergerak selama dua jam dan boleh dicas semula dalam masa cuma 45 minit.
- Kenderaan itu dilengkapi beberapa sensor giroskop bagi memastikan ia seimbang dan stabil. Penunggang hanya perlu mencondongkan badannya ke hadapan, kiri atau kanan untuk menggerakkan Solowheel atau mencodongkan badan ke belakang untuk memberhetikannya.
- Bakal dijual dengan harga £975 (RM4,800) seunit.
sumber: kosmo, gizmag.com, laughingsquid.com
style lah! haha
ReplyDeletenk satu gark!!!
ReplyDeletetime mlas ljn boleh gne...
wah sangat unik sekali
ReplyDelete