Saturday, March 19, 2011

Tonton filem dalam Facebook Bakal Jadi Kenyataan




Warner Bros kini menawarkan filem-filem terbitannya di Facebook, membuka sumber pendapatan baru untuk jaringan sosial Internet dan menandakan satu persaingan baru untuk syarikat hiburan menerusi dalam talian.

Menurut Warner Bros, sebahagian daripada unit Time Warner Inc. semalam. pengguna boleh membayar untuk menonton filem itu menggunakan Facebook Credits, mata wang maya yang setakat ini digunakan pengguna untuk permainan sosial di laman web itu.

Facebook yang mengaut keuntungan daripada iklan dalam talian, mengambil 30 peratus daripada hasil jualan oleh pihak ketiga di laman web itu menggunakan Credits tersebut.

''Perkhidmatan ini pada mulanya akan ditawarkan di Amerika Syarikat,'' kata syarikat itu.

Penawaran filem penuh Hollywood di Facebook membentuk satu peranan baru untuk jaringan sosial itu yang berkembang menjadi satu pemain utama laman web dengan menjadikannya mudah untuk berkongsi gambar, video dan kandungan lain dengan rakan-rakan.


Dalam satu kenyataan kepada pelabur semalam, penganalisis Goldman Sachs, Ingrid Chung berkata, pengaruh rakan mungkin menjadi pencetus lebih besar jumlah penonton filem berbanding pengaruh orang ramai,'' kata Chung.

Filem pertama yang ditawarkan pada akaun Warner Bros Entertainment di Facebook adalah filem The Dark Knight.

Filem lain akan ditawarkan untuk disewa atau dibeli pada bulan depan.

Entri-Entri Berkaitan.....

1 comments:

  1. macam2 la...kalau intenet kat malaysia i selaju di korea..tadak hal la kan...kena wifi kat tempat aku blajaq.hampehs..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails