Skip to main content

[Gambar]- Kesan Kemusnahan Gempa Bumi di Myanmar (25 photo)





Sekurang-kurangnya 75 orang maut manakala 111 lagi dilaporkan cedera


 
 
 
 
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Petikan drp Utusan Malaysia:

Sekurang-kurangnya 75 orang maut apabila satu gempa bumi kuat menggegarkan timur Myanmar malam tadi, dengan angka korban dijangka meningkat apabila laporan diterima dari kawasan-kawasan terpencil yang masih terputus hubungan.

Gegaran dirasai sejauh Bangkok, hampir 800 kilometer dari pusat gempa di kawasan pergunungan Myanmar, serta Hanoi di Vietnam dan beberapa bahagian China apabila gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter itu berlaku pada 8.25 malam tadi (9.55 malam waktu Malaysia).

Pegawai Myanmar berkata, 74 orang terbunuh dan 111 lagi cedera di lima kawasan berdekatan pusat gempa, manakala lebih 240 bangunan runtuh.

"Kami masih cuba masuk ke kawasan terpencil, dengan tentera, polis dan pihak berkuasa tempatan berusaha untuk mencari mangsa yang cedera di kawasan bencana, tetapi jalan masih ditutup," katanya.

Di seberang sempadan, pihak berkuasa Thailand berkata, seorang wanita berusia 52 tahun maut di daerah Mae Sai ditimpa dinding rumahnya yang roboh.

Utara Thailand turut digegarkan dengan gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter pada 7 pagi ini (8 pagi waktu Malaysia), tetapi pihak berkuasa melaporkan tiada kerosakan besar berlaku.

Penduduk yang ketakutan di wilayah itu keluar rumah dan bangunan tinggi bergoyang, manakala hospital dan sekolah dikosongkan, semasa gempa bumi malam tadi.

Di Yangon, pengarah badan kebajikan World Vision bagi Myanmar, Chris Herink berkata, kerosakan infrastruktur yang besar tidak berlaku di kawasan Kengtung dan Tachileik yang terjejas, walaupun bangunan retak dan bekalan air terputus di sesetengah tempat.

"Namun paling membimbangkan ialah kawasan luar bandar kerana saya khuatir, maklumat tidak menggembirakan akan diterima dari sana sepanjang hari ini," katanya.

Gempa bumi itu berpusat 90 kilometer ke utara Chiang Rai dan 235 kilometer ke timur timur laut Chiang Mai, destinasi popular pelancong di Thailand.

Comments

  1. memang dasyat kerosakan oleh gempa bumi..sejak dua menjak ni, ada saja gempa..Malaysia kena beringat juga..malang tak berbau..

    ReplyDelete
  2. hurm..seakin byk bencana berlaku..takut...

    ReplyDelete
  3. gmbr yg second last..dasaatt...

    ReplyDelete
  4. harap kat Malaysia tak ditimpa bencana yg terlalu buruk...amin!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.