Perarakan yang terkenal di seluruh dunia, Karnival Rio bermula kelmarin (Ahad) dengan pertunjukan bunga api dan sorakan peminat-peminat yang berpesta di jalanan selama dua hari.
Info Ringkas:
- Perarakan itu menampilkan penari-penari yang berpakaian hampir bogel, kereta-kereta berhias yang luar biasa dan watak-watak tambahan yang berjumlah ribuan orang serta 70,000 penonton di sebuah stadium selain disiarkan menerusi saluran televisyen antarabangsa.
- Hanya 12 buah sekolah samba yang berada dalam senarai tangga teratas dibenarkan menyertai Karnival Rio itu.
- Setiap sekolah perlu membuat persiapan berbulan-bulan dan melibatkan kos sehingga AS$5 juta (RM15 juta).
- Juara sekolah samba dipilih berdasarkan koreografi, muzik, tarian dan kreativiti persembahan.Kemenangan dalam pesta itu umpama menjadi juara dalam pertandingan bola sepak.
- Secara keseluruhan, pertandingan itu mempamerkan imej-imej yang sinonim dengan Brazil seperti seksi, masyarakat yang pelbagai budaya dan semangat berpesta yang sangat membara.
- Model terkenal dari Brazil, Gisele Bundchen berusia 30 tahun turut menyertai perarakan tersebut dan dia menari di atas sebuah kenderaan berhias dengan memakai pakaian singkat.
- Pelakon terkenal, Pamela Anderson turut menyaksikan perarakan karnival itu.
Lagi gambar-gambar menarik:
sumber: http://www.metro.co.uk, http://www.thisislondon.co.uk, http://www.allvoices.com
penin kepala tgk gambo2
ReplyDeleteMiss Dill^^
@Miss Dill hehe..tu baru gamba cmtu..banyak lg gamba2 yg teruk, ghairah n'explicit' sume ada..seb bek x letak ;))
ReplyDeleteslurppppppp
ReplyDeletecantik, menarik, memang kena tarik..wuhh..watak2 sgt menakutkn
ReplyDeleterimas nye tgk gmbr2 nih..
ReplyDelete