Inilah Hayley Harbottle — gadis yang tidak pernah senyum. Hayley, 14, menghidap penyakit genetik ganjil yang menyebabkan mukanya lumpuh sama sekali. Dia tidak boleh tersenyum, ketawa, menangis atau berkerut.
Remaja itu disahkan menghidap Sindrom Moebius beberapa bulan selepas dilahirkan dan kini seorang daripada 200 pesakit yang menghidap sindrom itu di Britain.
Dia dilahirkan tanpa saraf kranium dan ketujuh. Saraf ini yang mengawal ekspresi muka, membenarkan kita mengelip dan menggerakkan mata serta senyum. Sindrom itu juga membawa kepada masalah untuk mengunyah dan sukar mendengar. Setakat ini, belum ada cara untuk mengubatnya.
Ketika kecil, Hayley tidur dengan matanya terbuka. Namun, doktor kini terkejut dengan kemajuannya. Pakar bedah berharap untuk melakukan pembedahan penting yang akan membolehkan sedikit pergerakan pada mukanya.
Namun, tidak ada jaminan pembedahan itu, yang membabitkan pembedahan pada rahang, memindahkan saraf dari tempat lain dalam tubuhnya dan meletakkan pada mukanya, akan berjaya.
Ibunya, Jane baru-baru ini berkata: “Hayley menjalani kehidupan sukar. Saya berharap satu hari nanti dia boleh tersenyum. Bagi Hayley, adalah satu mimpi ngeri apabila orang ramai sentiasa memerhatikannya."
“Pencapaiannya memberangsangkan dan sudah boleh bercakap sedikit. Namun sebahagian besar masanya, dia berkomunikasi menerusi komputer.
“Kami boleh tahu dia gembira dengan pergerakan matanya, tetapi ia tidak sama dengan melihat anak anda tersenyum.
“Memang kami memanjakannya sedikit. Dia akan dapat apa yang dimahukannya. Namun itu semua kerana dia layak memperolehnya,” kata Jane.
sumber: hmetro
moga die boleh tersenyum satu hari nanti. senyum seindah suria, yang membawa cahaya, senyumlah dari hati, duniamu berseri :)
ReplyDeleteMiss Dill^^
siannya...hope satu hari nanti dia mampu tersenyum seperti orang lain...
ReplyDeleteSubhanallah.. kesiannya dia.
ReplyDeletebersyukur dengan nikmat yanga ada. :)
handsome pula mamat pakai jaket tuh. huhu
ReplyDeletesian..
ReplyDelete